web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aksi Siwon Baca Skrip Bahasa Melayu Jadi Perhatian, Peminat Ketawa Lucu

Kali terakhir kumpulan tersebut membuat persembahan di Malaysia adalah pada tahun 2013.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 4:00PM

Kumpulan K-Pop Super Junior - Gambar Twitter K-popped

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah video semasa konsert kumpulan Korea Selatan, Super Junior Super Show 9: Road in Kuala Lumpur menjadi tular malam tadi.

Dalam video berdurasi kurang daripada 30 saat tersebut, menunjukkan Siwon dilihat berusaha mengucapkan perkataan dalam bahasa Melayu. Setelah mengambil nafas untuk seketika, penyanyi itu kemudian menuturkan “Saya rindu kamu”. 

Penyanyi Super Junior itu kemudian menoleh ke belakang sambil mengeluarkan kertas yang tertera tulisan bahasa Melayu. Dia berusaha membacakan skrip selanjutnya. Aksi spontan itu mendapat tepukan dan sorakan gemuruh lebih 10,000 peminat yang hadir di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Kelakar rupanya Siwon. Boleh masuk Maharaja Lawak,” tulis satu komen.

“Boleh tahan Bahasa Melayu awak,” kata komen yang lain.

“Alahai, cair,” kata seorang penonton. 

Terdahulu, lapan anggota Super Junior Donghae, Eunhyuk, Kyuhyun, Leeteuk, Ryeowook, Shindong, Siwon, dan Yesung memilih Malaysia sebagai lokasi konsert mereka.

Dalam konsert selama tiga jam  tersebut, mereka telah menyanyikan 30 buah lagu bermacam rentak seperti pop, balada serta broadway. - Getaran, 11 Oktober 2022 

 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN