web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amirah Bawa Muziknya Ke Persada Antarabangsa

Penyanyi dan pencipta lagu, Amirah bertekad untuk menyebarkan mesej keamanan dan memupuk semangat perpaduan ke seluruh dunia melalui lirik dan susunan muziknya.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan penulis lagu asal Malaysia, Amirah mempunyai satu misi utama iaitu menyatukan orang dari pelbagai latar belakang melalui muzik. Amirah merupakan anak Malaysia yang sekarang menetap di Amerika Syarikat. 

Amirah, yang saat ini sedang merakam album debutnya dengan penerbit muzik yang juga bekas pemenang Grammy, Jeff Bova, memulakan usahanya untuk menempa nama sejak tahun 2011 dengan lagunya berjudul ‘Katakanlah’. Lagunya ini membawa mesej perpaduan setelah terjadinya insiden buruk di beberapa gereja di Lembah Klang. 

Saat itu, ‘Katakanlah’ memenangi hadiah kedua dalam Pertandingan Menulis Lagu Antarabangsa Amerika Syarikat pada 2011 dan mengalahkan 15,000 penyertaan yang lain. Para peserta diadili oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada beberapa personaliti terkemuka dalam industri muzik seperti Peter Gabriel, Rihanna dan Timbaland antara lain.

Terbaharu, karyanya berjudul ‘Tell Me' dan 'You Are My Land' berjaya ke pusingan separuh akhir Pertandingan Penulisan Lagu di pertandingan International Songwriting Competition (ISC) pada 2020. 

ISC adalah pertandingan menulis lagu tahunan antarabangsa yang berprestij bertujuan memberi peluang kepada para penulis lagu untuk memaparkan lagu mereka di arena profesional dan antarabangsa.

“Saya sangat  terharu kerana lagu-lagu saya berjaya mengalahkan 26,000 entri antarabangsa yang lain. Saya sangat gembira dan meraikan kejayaan itu dengan makanan seperti nasi bungkus dan pastri," ungkap Amirah dalam meraikan kemenangannya

Amirah bertekad untuk terus menyebarkan mesej keamanan melalui lirik dan susunan muziknya bagi memupuk semangat perpaduan.

“Mesej perpaduan benar-benar penting bagi saya, jadi saya berusaha keras untuk menyebarkan mesej lebih mendalam melalui muzik saya. Selain itu, saya menggunakan alat tradisional seperti gamelan dan gendang Cina untuk menghasilkan lagu-lagu saya. Dalam lagu berjudul "Tell Me", saya menggunakan tabla dan tanpura,” tambahnya lagi.

“Saya berharap ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menggunakan alat tradisional yang indah dan unik agar kita  terus memelihara warisan kebudayaan,” ujarnya.

Amirah baru-baru ini menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu Amirah Group untuk mempromosikan perpaduan melalui muzik dan filem.

Di bawah nama Amirah360, dia mempunyai koleksi projek yang sedang dalam perancangan termasuklah siri YouTube yang mendokumentasikan cabaran menjadi pemuzik di Amerika Syarikat. 

Lagu-lagu Amirah boleh didengar di platform muzik Youtube. - Getaran, 21 April 2021.

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...