web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penantian 12 Tahun Raisa Berbaloi, Konsert di Kuala Lumpur Meriah!

Konsert Raisa Live In Malaysia yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu meriah dengan kehadiran kira-kira 2,500 peminat.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 9:16PM

Raisa menyifatkan penantiannya selama 12 tahun untuk mengadakan persembahan di Malaysia akhirnya berbaloi.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas 12 tahun bergelar penyanyi, akhirnya ratu pop dan R&B Indonesia, Raisa berjaya mengadakan konsert solo pertamanya di Kuala Lumpur, semalam. 

Konsert Raisa Live In Malaysia yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu meriah dengan kehadiran kira-kira 2,500 peminat walaupun ramai yang pulang ke kampung untuk mengundi, sehari sebelum konsert berlangsung. 

Raisa menyanyikan lagu-lagu hit terbaiknya iaitu Bahasa Kalbu, Percayalah, Kali Kedua dan Mantan Terindah dengan iringan persembahan sistem ‘audio-visual’ daripada penganjurnya, Hitman Solutions.
Raisa menyanyikan lagu-lagu hit terbaiknya iaitu Bahasa Kalbu, Percayalah, Kali Kedua dan Mantan Terindah dengan iringan persembahan sistem ‘audio-visual’ daripada penganjurnya, Hitman Solutions.

“Kalian semua pergi mengundi? Saya sempat berdebar sebenarnya tapi mujurlah konsert ini berlangsung sehari selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Terima kasih Malaysia, kalian comel sangat. Saya tunggu 12 tahun untuk konsert ini. Harap selepas ini akan panggil saya lagi ya. Jangan biarkan saya tunggu lama-lama,” katanya semasa konsert sambil disambut dengan sorakan oleh pengunjung. 

Sepanjang dua jam konsert berlangsung, Raisa menyanyikan lagu-lagu hit terbaiknya iaitu Bahasa Kalbu, Percayalah, Kali Kedua dan Mantan Terindah dengan iringan persembahan sistem ‘audio-visual’ daripada pengenjurnya, Hitman Solutions.

“Raisa juga meluahkan rasa terharunya kerana sambutan yang di luar jangkaan daripada peminat Malaysia.
“Raisa juga meluahkan rasa terharunya kerana sambutan yang di luar jangkaan daripada peminat Malaysia.

Semasa menyanyikan lagu Mantan Terindah, Raisa sempat mengajak seorang peminat untuk menyanyikan korus lagu itu bersamanya dengan syarat perlu menelefon bekas kekasih mereka. Tiba-tiba penyanyi Farisha Iris dipilih untuk tampil di atas pentas bersamanya. 

“Rata-rata pembeli tiket konsert mengatakan mereka amat berpuas hati dapat menyaksikan bintang kesayangan mereka membuat persembahan secara ‘live’ dan terpesona oleh kebolehan Raisa berinteraksi dengan penonton secara baik sekali ibarat seorang ‘story-teller’ menceritakan maksud setiap karya yang dinyanyikannya.”

“Raisa juga meluahkan rasa terharunya kerana sambutan yang di luar jangkaan daripada peminat Malaysia dan menyatakan penantiannya selama 12 tahun untuk membuat persembahan di Malaysia akhirnya berbaloi,” kata Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions.

Tiket konsert Raisa sebelum ini mula dijual pada 14 September lalu dengan harga RM200 dan ke atas. Dalam tempoh empat jam sahaja, 60 peratus tiket sudah berjaya direbut peminat. - Getaran, 21 November 2022 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 16 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...