web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selalu Dibandingkan Dengan Ernie Dan Marsha, Ini Jawapan Aina Abdul

Aina yang bakal mempertaruhkan lagu 'Terus Hidup' tidak menafikan saingan tahun ini lebih sengit.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 8:18PM

Aina Abdul - Gambar Ihsan TV3

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Membolosi senarai 30 lagu terbaik untuk bersaing di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-37 (SFMM37), penyanyi Aina Abdul menjanjikan persembahan terbaik termasuk dari aspek vokal mahupun penampilan. 

Bercerita lanjut mengenai strategi kemenangan, Aina yang bakal mempertaruhkan lagu 'Terus Hidup' tidak menafikan saingan tahun ini lebih sengit apalagi turut menyaksikan Ernie Zakri dan Marsha Milan Londoh berentap di pentas yang sama.

Namun begitu, gadis kelahiran Johor Bahru ini bertekad untuk bekerja lebih kuat memberikan persembahan yang cukup diingati khas buat peminatnya. 

“Melihat senarai peserta memang pressure, tipulah kalau tidak rasa apa-apa. Tambahan pula Ernie dan Marsha adalah rakan artis yang saya hormati dan mereka telah memulakan kerjaya seni lebih awal. Saya junior yang selalu menantikan projek mereka. 

“Saya teruja tapi sangat gemuruh pada masa yang sama sebab orang di luar sana  selalu bandingkan kami bertiga. Bagi saya itulah adat pertandingan.

Aina Abdul pada majlis sidang media pengumuman Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-37.
Aina Abdul pada majlis sidang media pengumuman Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-37.

“Hubungan saya baik dengan mereka dan untuk separuh akhir ini, saya akan menyanyi dengan tenang,” katanya kepada Getaran ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-37. 

Bukan itu sahaja, Aina turut mendedahkan penglibatannya di dalam SFMM37 juga sangat istimewa kerana lagu yang bakal dipertaruhkan merupakan sebuah naskhah yang dihasilkan mewakili dirinya. 

“Saya pertaruhkan lagu 'Terus Hidup'. Sejujurnya inilah karya yang paling saya sayang. Kalau nak huraikan apakah jiwa Aina Abdul, ia ada di dalam lagu 'Terus Hidup'. Jadi, saya tak mahu buat ala kadar. Saya akan buat semuanya dengan sehabis baik tak kisahlah dari segi penampilan mahupun vokal,” katanya. 

Meneliti senarai lagu 30 terbaik tahun ini, semakin ramai penyanyi sudah bergelar komposer serta penulis lirik. Pendek kata, mereka sudah berani mara memperjudikan karya hasil ciptaan sendiri.

Aina merasakan ia sebuah trend yang sihat di samping menegaskan ia bukanlah sebuah kerja yang mudah. 

“Untuk bernyanyi dan menulis, ia bukanlah perkara mudah. Saya sendiri makan masa untuk buat dan nyanyi lagu sendiri. Untuk mereka yang hasilkan semuanya sendiri, tersenarai dalam 30 lagu terbaik ini pun sebenarnya sudah satu pencapaian,” katanya. 

Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37 bakal berlangsung pada 25 dan 26 November ini di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, jam 3 petang. - Getaran, 16 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Muzik 2 tahun yang lalu

AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN