web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lah Ahmad Masih Berbisa, Tiket Konsert Sempena 25 Tahun Dalam Industri ‘Sold Out’ Dalam Masa Sehari

Disebabkan tiket laris bak pisang goreng panas, penganjur telah mengambil inisiatif untuk menambah sehari lagi tarikh konsert.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 4:11PM

Lah Ahmad sangat teruja dapat mengadakan konsert ini kerana pada zaman dulu, peluang untuk mengadakan konsert sangat sukar - Gambar ihsan pengelola konsert

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya penyanyi Lah Ahmad masih berbisa! Mana tidaknya baru sahaja mengumumkan bakal mengadakan konsert sulung sempena 25 tahun pembabitannya di dalam industri muzik pada 28 Januari tahun hadapan, kesemua tiket telah pun habis dijual dalam tempoh masa sehari.

Disebabkan sambutan luar biasa ini, pihak penganjur telah menambah sehari lagi konsert ini menjadikan konsert ini bakal berlangsung selama dua malam berturut-turut di PJ Pac One Utama. 

Bercerita mengenai konsert ini, Lah yang pernah menjadi salah seorang anggota kumpulan VE ini berkata, ini merupakan hadiah kepada para peminat yang sentiasa menyokongnya sejak dari dulu lagi.

“Mungkin ramai yang tak tahu saya sebenarnya sudah lama menceburkan diri dalam bidang muzik sejak 25 tahun yang lalu. 

“Konsert ini adalah hadiah yang saya nak berikan semula kepada peminat yang banyak memberikan sokongan padu serta sering mendoakan saya.

“Saya sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada mereka semua,” katanya ketika ditemui di sidang media.

Kata Lah lagi, dia sangat teruja dapat mengadakan konsert ini kerana pada zaman dulu, peluang untuk mengadakan konsert sangat sukar. 

“Saya seronok dalam masa yang sama saya gementar juga. Saya sudah lama simpan hasrat untuk buat konsert sendiri. 

“Sewaktu zaman kami mula dulu ketika awal tahun 2000, ketika itu konsert jarang dilakukan. Kalau ada pun konsert percuma yang melibatkan ramai artis dalam satu acara seperti konsert Jom Heboh. 

“Semua jenis peminat boleh datang dan semua jenis genre muzik diletakkan dalam satu konsert. Jadi jika nak menghargai satu genre muzik itu tak dapat nak buat betul-betul seperti hari ini. 

“Alhamdulillah sekarang ini saya lihat Malaysia telah pun bersedia untuk setiap artis mengadakan konsert sendiri. Kalau dulu memang agak sukar. Kalau ada pun mungkin artis-artis yang sudah lama,” kongsinya. 

Lah akan turut menyanyikan beberapa lagu yang pernah beliau nyanyikan bersama VE
Lah akan turut menyanyikan beberapa lagu yang pernah beliau nyanyikan bersama VE

Ditanya adakah dia akan menyanyikan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan bersama kumpulan VE satu ketika dahulu, kata Lah ada beberapa lagu yang akan dinyanyikan.

“Kalau boleh saya imbas kembali selepas saya undur diri dari kumpulan VE pada tahun 2007, orang masih panggil saya untuk buat persembahan. 

“Tetapi ketika itu saya tak ada lagu saya sendiri, apa yang saya ada adalah lagu saya bersama kumpulan VE. Kebetulan lagu ‘Ayu’ saya yang tulis. Jadi kita bawakan sajalah,” ujarnya. 

Bagi anda yang masih belum dapatkan tiket, anda boleh layari laman sesawang www.onetix.com.my. Harga tiket pula bermula dari RM120 (Adinda), RM190 (Ayu) dan RM330 (Sempurna & Terbaik). – Getaran, 11 November 2022

Foto : PR


 

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Keputusan Zii Jia Tepat Untuk Kembali Berbisa - Mohd Azizulhasni

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Harga Tiket Konsert Mahal, Faizal Tahir Minta Maaf Kepada Peminat

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Tidak Puas Hati Tiket Sold Out Kerana Individu Tak Bertanggung Jawab – Peminat Coldplay Rayu Penganjur Lanjutkan Hari Kedua Konsert 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Tiket Pra-Jualan Coldplay Sold Out, Catat Sejarah GoLive Asia Apabila 400,000 Peminat Beratur Dalam Talian 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN