web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rupanya Fourtwnty Pernah Hampir Bubar, Terharu Sokongan Peminat Di Malaysia

Fourtwnty pernah ditolak menerima tajaan dan menjual tiket konsert sendiri di tepi jalan untuk memastikan mereka masih ada wang untuk makan.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 12:10PM

Konsert Heliotropisme Live in Kuala Lumpur disambut hangat oleh peminat apabila tiketnya laku manis dalam tempoh beberapa minit sahaja - Gambar ihsan Shiraz Projects

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Malaysia sudah seperti rumah kedua kami.”

Demikian kata band Indonesia Fourtwnty menceritakan perasaan mereka kembali ke Malaysia selepas konsert terakhir pada tahun 2019. Kali ini kedatangan mereka menerusi konsert Heliotropisme Live in Kuala Lumpur disambut hangat oleh peminat apabila tiketnya laku manis dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Dibanjiri kehadiran lima ribu pengunjung di Zepp KL, Fourtwnty membawakan 16 lagu terbaik mereka termasuk satu lagu tambahan khas sebagai hadiah setelah seisi panggung berteriak meminta kumpulan itu menyanyikan lagu 'Menghitung Hari' versi Fourtwnty yang dianggap lagu patah hati kaum laki-laki.

“Ini tiada dalam skrip ya, seharusnya selepas ini kita semua pulang,” kata Ari Lesmana di atas pentas disambut sorakan penonton.

Di sebalik gilang-gemilang dan kejayaan konsert yang berlangsung dua malam itu. Siapa sangka Fourtwnty pernah berhadapan saat-saat getir bergelar pemuzik. Walaupun lagu kumpulan itu dimainkan seluruh Indonesia dan Zona Nyaman dianggap lagu wajib semasa berkelah, kumpulan itu ternyata hidup susah.

“Tahun 2015, kami pernah hampir bubar kerana tidak cukup wang. Aneh kerana lagu kami banyak yang tahu tapi kami tidak ada pekerjaan. Tiada yang panggil kami untuk persembahan. Susah mendapatkan tajaan kerana sering ditolak oleh jenama besar. Kita pernah pergi turun ke jalan, jual tiket konsert kami sendiri kerana tidak ada orang yang tahu.

“Kami pernah berada di situasi kumpul duit ramai-ramai untuk makan. Saya ada banyak ini, Nuwi ada banyak ini yang lain ada sebanyak ini. Duit itu kita kumpulkan sama-sama supaya ada benda untuk dimakan dalam tempoh tiga hari kehadapan.

“Orang lain mungkin melihat kami senang-senang sahaja. Tapi kami tetap berusaha mencari bahagia. Tetap berusaha menjadi manusia dan menghasilkan abum terbaru,” dedah Ari ketika ditemui Getaran di ibu kota, baru-baru ini.

Sepuluh tahun bukan suatu tempoh yang sekejap. Fourtwnty membayangkan perjalanan mereka seperti bunga matahari, Heliotropisme yang menjadi tema dan konsep persembahan kali ini.

“Bunga Matahari boleh tumbuh dalam situasi apa pun. Seperti muzik, yang boleh tumbuh di mana sahaja. Muzik itu pelbagai, cuma apa yang penting ialah kita tidak memperkecilkan mana-mana pemuzik kerana susah untuk menghasilkan karya. Jika tidak kena dengan selera, ya sudah, tinggalkan aja. Tidak usah mengeluarkan kata-kata yang menyakiti. 

“Sehingga hari ini kita ada pelbagai jenis pendengar yang datang daripada pelbagai lapisan umur,” tambahnya.

Terdahulu, Fourtwnty hadir menerusi Konsert Fourtwnty Heliotropisme Live in Kuala Lumpur. Konsert yang berlangsung selama dua malam pada 1 dan 2 Oktober itu telah diadakan di Zepp Kl. Kini, kumpulan tersebut sedang giat menyiapkan album kedua mereka. - Getaran, 3 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Hanya Satu Malam, Konsert Sheila Majid Julung Kalinya Berkonsep Big Band 

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad