web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Satu Malam, Konsert Sheila Majid Julung Kalinya Berkonsep Big Band 

Sheila buat pertama kalinya akan membuat persembahan konsert berkonsepkan Big Band dengan iringan 23 pemuzik di mana 13 daripadanya merupakan pemain horns yang dipimpin oleh pengarah muzik tersohor, Mac Chew. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 8:00PM

Shiela Majid bakal mengadakan konsert solo yang diberi nama Shiela Majid Big Band Live In Kuala Lumpur pada 18 Mac tahun hadapan. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi terkenal, Datuk Shiela Majid bakal mengadakan konsert solo yang diberi nama Shiela Majid Big Band Live In Kuala Lumpur pada 18 Mac tahun hadapan bertempat di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur.

Kali terakhir beliau tampil dalam konsert berskala besar adalah pada tahun 2017 di Stadium Negara. Dan, kali ini konsert solo beliau dibawakan khas oleh JioBuddy bersama Altus Prohouse. 

Gambar PR
Gambar PR

Apa yang menariknya untuk konsert kali ini, Sheila buat pertama kalinya akan membuat persembahan konsert berkonsepkan Big Band dengan iringan 23 pemuzik di mana 13 daripadanya merupakan pemain horns  bersama tiga penyanyi latar yang dipimpin oleh pengarah muzik tersohor, Mac Chew. 

Manakala, Jennifer Thompson pula mnggalan  tanggungjawab sebagai pengarah konsert. Kesemua pemuzik yang terlibat untuk konsert kali ini adalah pemuzik tempatan. 

Kebiasaannya, konsert Sheila Majid pasti akan ‘sold out’. Ditanya kenapa hanya satu malam sahaja konsert ini dianjurkan, kata Sheila dia tidak mahu terlalu becita-cita tinggi dengan melakukan konsert  lebih dari satu hari. 

Gambar PR
Gambar PR

“Saya seorang yang suka lakukan konsert hanya sekali. One night only! Dan lakukan dengan terbaik. Jika nak tengok saya lagi, kena tengok di persembahan yang lain pula. 

“Saya tak mahu menjadi terlalu ambitious. Kadang-kadang tak semua benda kita perlu lakukan lebih dari sekali. 

“Daripada buat konsert dua tiga malam tetapi tak laku. Lebih baik buat sehari sahaja dan semua akan cuba dapatkan tiket sebelum terlepas,” katanya ketika ditemui di sidang media. 

Ditanya tentang bilangan lagu yang akan dipersembahkan pada konsert itu nanti, kata Sheila dia belum memutuskan berapa lagu yang akan dinyanyikan.

“Berapa lagu tu kita tak tahu lagi sebab saya ada banyak lagu. Kalau boleh 40 hingga 50 lagu saya nak menyanyi.

“ Tetapi kami telah memilih beberapa lagu. Saya rasa bila kita sudah mulakan sesi latihan baru kita akan tahu lagu mana yang akan dipersembahkan nanti kerana ada beberapa lagu yang kita nak tengok sesuai tak dengan sususan muzik ‘Big Band’. 

“Kita tak boleh la nak tangkap muat dan main belasah sahaja.  Tapi yang Mac telah berikan pada saya untuk dengar saya sangat suka,” kongsinya. 

Gambar PR
Gambar PR

Pada konsert yang akan berlangsung selama dua jam setengah itu nanti , tiada penyanyi jemputan yang akan bersama Sheila kerana dia mahu menumpukan sepenuhnya terhadap lagu-lagu sendiri.

“Saya sebenarnya bila buat konsert yang besar, saya memang tak ada artis jemputan. Bila kita buat repertoire, ada banyak lagu yang kita nak bawa.. Kalau ada artis jemputan nanti kita terpaksa buang beberapa lagu dari senarai,” katanya. 

Tidak ramai penyanyi wanita yang sudah menginjak usia 50-an berani untuk mengadakan konsert solo berskala besar, namun Sheila Majid masih mampu menghiburkan ribuan peminatnya secara ‘live’.

 Ditanya apakah persediaan yang dilakukannya menjelang konsert nanti, kata Sheila dia sentiasa lakukan senaman.

Gambar PR
Gambar PR

“Sebagai seorang penghibur, anda perlu bersedia setiap waktu. Menjaga diri saya serta melakukan senaman adalah sebahagian dari kerja saya. 

“Untuk menyanyi kita perlukan stamina dan perlu berada dalam keadaan yang fit. Untuk berada di dalam industri ini, anda perlu menjadi disiplin. 

“Ini adalah periuk nasi saya. Saya perlu sentiasa menjaga diri untuk memberikan persembahan yang berkualiti kerana orang bayar untuk menonton persembahan saya. 

“Orang kumpul duit untuk tengok persembahan kita, takkan kita nak buat yang ala kadar? Bukan kita nak tunjuk pandai kita boleh hit the note. 

“Yang penting semua penonton terhibur dengan persembahan kita. Saya selalu tanya dengan pihak pengurusan saya selepas tamat persembahan adakah client gembira dengan persembahan saya. Itu yang paling mustahak,” ujarnya. 

Sheila Majid bersama penganjur dan rakan rasmi. - Gambar PR
Sheila Majid bersama penganjur dan rakan rasmi. - Gambar PR

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah hebat di konsert Sheila Majid Big Band Live in Kuala Lumpur 2023 sebelum tiket habis dijual.

Tiket tiket berharga serendah RM288 (Bronze), RM488 (Silver), RM588 (Gold), RM688 (Platinum), RM888 (Diamond) dan RM1,288 (VVIP) boleh dibeli melalui www.Jiobuddy.asia. Bermula 12 Disember 2022. – Getaran, 12 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad