web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Pernah Berhenti Berkarya, Slank Bakal Bikin Konsert Di Malaysia, Rai Perjalanan Muzik 4 Dekad

Slank juga telah muncul dengan album baharu Vaksin Slank yang dilancarkan pada 1 Januari 2021 dengan tagline: ‘Suntikan cinta yang menyehatkan hati dan mencerdaskan akal’.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 3:10PM

Slank bakal beraksi di Zepp KL, pada 19 November 2022. - Gambar ihsan TBRW Global Sdn Bhd

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak pernah berhenti berkarya, itulah faktor utama untuk Slank terus bertahan di dalam industri muzik di Indonesia selama 40 tahun. 

Hal ini diakui penyanyinya, Kaka yang memberitahu bahawa kunci kepada keberadaan mereka selama 40 tahun dalam industri dan diterima pelbagai generasi adalah kerana rutin mengeluarkan karya baharu.

Tidak hairanlah mengapa, Slank telah berhasil mengeluarkan 24 buah album sepanjang kerjaya muzik mereka. 

Menurut pemain dramnya, Bimbim, pemuzik akan selalu diingati dan dilihat kerana karya mereka.

 “Jangan berhenti berkarya kerana karya seniman akan ditunggu. Jika berhenti berkarya, orang akan turut berhenti mengikut,” katanya. 

Bagi meraikan penglibatan 4 dekad mereka di dalam industri muzik bersama peminat di Malaysia, Slank akan beraksi dalam sebuah konsert yang dinamakan 'Konser 4 Dekad Slank' di Zepp Kuala Lumpur pada 19 November ini, jam 8.30 malam. 

Gambar ihsan TBRW Global Sdn Bhd
Gambar ihsan TBRW Global Sdn Bhd

Dianjurkan TBRW Global Sdn Bhd, Slank yang dianggotai Kaka (vokal), bimbim (dram), Abdee Negara (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) ini bakal membawakan lagu-lagu popular dan baharu mereka dalam konsert berdurasi dua jam ini.  Antaranya seperti, 'Ku Tak Bisa', 'I Miss You But I Hate You', 'Kamu Harus Pulang', 'Orkes Sakit Hati' dan 'Virus'.

Kumpulan pujaan ramai ini diasaskan pada tahun 26 Disember 1983 di lorong di Jakarta yang bergelar Gang Potlot, dengan membawa muzik aliran rock. 

Slank muncul dengan album berjudul 'Suit-suit…Hehehe (Gadis Sexy)' pada 1990 diikuti dengan pelbagai album pada setiap tahun hinggalah album 'Vaksin Slank' yang dilancarkan pada 1 Januari 2021 dengan tagline: ‘Suntikan cinta yang menyehatkan hati dan mencerdaskan akal’. 

Kumpulan yang aktif dan bertenaga hingga sekarang ini juga pernah muncul dengan beberapa album runut bunyi seperti 'Get Married', 'Get Married 2' dan 'Generasi Biru The Movie'. Slank turut menyatakan rasa syukur kerana dari tahun 1990 hingga kini, masih produktif dan tetap muncul dengan karya-karya baharu. 

Bahkan, Slank pernah merangkul pelbagai anugerah antaranya empat kali memenangi Album Rock Terbaik di Anugerah Musik Indonesia serta memenangi Most Favorite Band di Anugerah MTV Indonesia dan pelbagai lagi.

Gambar ihsan TBRW Global Sdn Bhd
Gambar ihsan TBRW Global Sdn Bhd

Tiket-tiket dijual pada harga (early bird) Cat 4 (RM298), Cat 3 (RM398), Cat 2 (198) dan Cat 1 (238) harga biasa (normal) Cat 4 (RM318), Cat 3 (RM418), Cat 2 (218) dan Cat 1 (258) di https://www.ticket2u.com.my. - Getaran, 30 September 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

D’ Masiv Angkat Tema Jelajah Dunia, Malaysia Jadi Lokasi Konsert 20AD To The World Pertama 

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Tiket Laris Bak Goreng Pisang, Penganjur Tambah Kategori Baru Konsert Kerispatih, Sammy Simorangkir

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Konsert Sulung Nadin Amizah Di Kuala Lumpur Januari Ini

4

TARA 3 tahun yang lalu

Selepas Ungu, Konsert Slank Dan Radja Juga Ditunda Kerana PRU-15 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN