web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


D’ Masiv Angkat Tema Jelajah Dunia, Malaysia Jadi Lokasi Konsert 20AD To The World Pertama 

Dianjurkan Neptunes Presents, D’Masiv 20AD To The World - Live In Kuala Lumpur bakal menggegarkan lokasi berprestij, Zepp Kuala Lumpur pada 2 Jun depan.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 10:02AM

D'Masiv - Gambar Neptunes Presents 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan D’ Masiv bakal mengangkat tema jelajah dunia untuk konsert 20AD To The World di beberapa negara dan apa yang menarik, Malaysia akan menjadi lokasi pertama persinggahan mereka nanti. 

Dianjurkan Neptunes Presents, D’Masiv 20AD To The World - Live In Kuala Lumpur bakal menggegarkan lokasi berprestij, Zepp Kuala Lumpur pada 2 Jun depan.

Dianggotai Rian Ekky Pradipta selaku vokalis, Dwiki Aditya Marsall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar), Rayyi Kurniawan,Iskandar Dinata (bass) dan Wahyu Piadji (dram), konsert ini juga bakal meraikan sambutan ulang tahun ke-20 perjuangan legasi muzik mereka. 

Gambar Neptunes Presents 
Gambar Neptunes Presents 

Menerusi temubual secara virtual, Rian berkata, mereka kini sibuk membuat persiapan untuk menjayakan konsert berkenaan.

“Beberapa bulan lalu, saya sempat menulis ciapan di Twitter dan ramai peminat yang inginkan kami hadir ke Malaysia untuk mengadakan konsert. Jadi, itu membuatkan kami sangat teruja untuk mengadakan persembahan di sini.

“Sebelum ini, kami sudah beberapa kali hadir ke Malaysia, tetapi sekadar mempromosikan album dan sebagainya. Kalau buat persembahan pun, tampil bersama pemuzik lain seperti Nidji dan Geisha.

“Justeru, konsert ulang tahun ke-20 ini akan menjadi taruhan pertama kami di Malaysia. Kami teruja akhirnya dapat bertentang mata dengan peminat yang menyokong D’Masiv selama ini,” katanya.

D’Masiv bakal menghiburkan peminat menerusi antara 23 hingga 25 rangkaian lagu popular seperti Pergilah Kasih, Cinta Sampai Di Sini, Merindukanmu, Jangan Menyerah dan Cinta Ini Membunuhku.

Mengenai tema konsert, kata Rian, mereka mengangkat tema jelajah dunia untuk persembahan kali ini, sekali gus menyediakan susunan muzik berbeza mengikut kesesuaian peminat.

“Secara kebetulan, kami mahu mengadakan siri jelajah ke beberapa negara, tahun ini. Jadi, Malaysia akan menjadi negara pertama, kemudian disusuli negara lain seperti Indonesia, Australia dan Amerika Syarikat.

“Ada beberapa lagu dilakukan susunan muzik semula agar berbeza daripada versi asal. Tetapi, ada juga lagu yang akan dipersembahkan dalam versi asal untuk memenuhi permintaan peminat.

“Kami yakin peminat di Malaysia akan bersama menyanyikannya di pentas Zepp Kuala Lumpur,” katanya.

Gambar Neptunes Presents 
Gambar Neptunes Presents 

Walaupun sudah dua dekad berkecimpung dalam industri muzik, D’Masiv bersyukur masih diterima baik oleh peminat pelbagai generasi.

“Di Indonesia, kami sering bermain di festival muzik seperti Pentas Seni yang rata-rata penontonnya di kalangan pelajar sekolah menengah.

“Kami terkejut walaupun usia antara 15 hingga 17 tahun, mereka tahu lagu D’Masiv. Mungkin kerana lagu kami, jalan ceritanya sudah mula terkesan di hati mereka.

“Mungkin ada yang sudah mula sukakan seseorang, mula patah hati dan ada muncul rasa kerinduan kepada seseorang. Jadi, mungkin karya mula terkait dengan kisah mereka,” katanya.

Kata Rian, D’Masiv menggunakan platform media sosial untuk berinteraksi dengan peminat.

“Sekarang adalah era media sosial, jadi kami juga menggunakan platform ini dengan sebaik mungkin untuk berinteraksi. Mahu atau tidak, kami perlu mengikuti peredaran zaman.

“Ia sedikit sebanyak membantu untuk mendekatkan kami dengan peminat generasi baharu,” katanya.

Mengulas kolaborasi dengan artis Malaysia, D’Masiv sebelum ini pernah menyanyikan lagu Sahabat Selamanya yang juga lagu runut bunyi filem Boboiboy berkata, antara artis tempatan yang disenaraikan adalah Datuk Amy Search, Kugiran Masdo dan Bunkface.

“Jika di Indonesia, kumpulan Malaysia yang popular sekarang adalah Kugiran Masdo. Memang nama mereka tular saat ini. 

“Sebelum ini, kami pernah bekerjasama dengan Bunkface ketika menyanyikan lagu runut bunyi filem Boboiboy. Jadi, kalau ada peluang, kami mahu bekerjasama lagi,” katanya.

Hingga kini, D’Masiv sudah menghasilkan tujuh album iaitu Perubahan pada 2008, Perjalanan (2009), Persiapan (2012), Hidup Lebih Indah (2014), D’Masiv (2016), Love (2019) Time (2022).

Tiket konsert antara RM198 hingga RM458 boleh didapati menerusi laman web, www.startix.live bermula hari ini (Jumaat), jam 11 pagi. – Getaran, 17 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Filem & TV 3 jam yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...