Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aziz Harun Keluar Dari Zon Selesa, 'Hanya Mahukan Bye' Pertaruh Elemen Muzik Elektronik 

Selain menyifatkan lagu Hanya Mahukan Bye sebagai karya yang 'dark' dan matang, Aziz juga mengaku berdepan kesukaran sewaktu menjalani proses rakaman. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 12:00PM

Aziz Harun tampil kali ini dengan mempertaruhkan single 'Hanya Mahukan Bye'. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak mudah bagi seseorang penyanyi untuk keluar dari zon selesanya terutama apabila diminta merakamkan lagu genre muzik yang berbeza daripada kebiasannya, namun Aziz Harun cuba menyahut cabaran ini sewaktu menjayakan rakaman single terbaharunya, 'Hanya Mahukan Bye'.  

Aziz Harun - Gambar fail
Aziz Harun - Gambar fail

"'Hanya Mahukan Bye' adalah lagu pertama saya yang berbeza secara total daripada segi genre, konsep dan segala-galanya. Walaupun pada peringkat permulaan lagu ini ditulis mengikut kemampuan dan genre yang biasa saya bawakan seperti elemen akustik, piano dan gitar, tapi saya fikir sudah tiba masanya untuk saya keluar daripada zon selesa. 

"Jadi Mike Chan tampilkan dengan konsep muzik elektronik dan saya begitu terkejut apabila mendengarnya. Namun selepas beberapa hari saya mendengar susunan lagu ini ternyata lagu ini sangat istimewa sebab ada muzik elektronik yang saya sendiri tak pernah teroka dalam mana-mana lagu nyanyian saya. 

"Malah menerusi lagu ini tiada langsung bunyi gitar atau piano yang sebati dalam setiap lagu-lagu saya. 

“Malah mesej 'Hanya Mahukan Bye' juga sangat berbeza dan boleh dikatakan agak toksik apabila menceritakan kisah lelaki yang tidak mahu berubah, suka mempermainkan hati wanita sehingga termakan dengan kata-kata pujian yang diungkapkan.

"Kemudian lelaki itu meninggalkan wanita terbabit dengan menyalahkan wanita yang disifatkan sebagai bodoh kerana mudah percaya dengan segala tipu helah kerana begitu mudah percaya dengan lelaki," kata penyanyi Brunei berusia 24 tahun ini. 

Selain menyifatkan lagu 'Hanya Mahukan Bye' sebagai karya yang 'dark' dan matang, Aziz juga mengaku berdepan kesukaran sewaktu menjalani proses rakaman. 

"'Key' lagu ini sangat tinggi untuk saya bawa dan muzik elektronik ini kena ada kelainan. Kalau saya menyanyi mengikut 'key' yang saya selesa mungkin penghayatannya tidak sampai kepada jiwa pendengar. 

"Saya anggap lagu ini adalah proses eksperimen untuk saya tonjolkan sisi kematangan sebagai penyanyi. Walaupun lagu ini tidak mudah untuk dibawakan, tapi demi beri kelainan kepada peminat saya cuba rakamkan lagu ini dengan sehabis baik," katanya. 

Bagi Aziz, peluang bekerjasama dengan Mike Chan dan Faizal Tahir merupakan pengalaman berharga yang tidak mungkin dapat dilupakan dan tidak sabar untuk mendengar maklum balas pendengar. 

'Hanya Mahukan Bye' adalah karya yang sangat berbeza pernah dihasilkan. - Gambar fail
'Hanya Mahukan Bye' adalah karya yang sangat berbeza pernah dihasilkan. - Gambar fail

"Saya amat berterima kasih kepada dua insan hebat ini. Walaupun kami pernah bekerjasama dan merakamkan beberapa buah lagu tapi 'Hanya Mahukan Bye' adalah karya yang sangat berbeza pernah mereka hasilkan. 

"Tak sabar nak lihat penerimaan pendengar terhadap lagu ini. Saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi, sebaliknya saya sekadar nak cuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa. 

“Kalau dengar lagu-lagu saya seperti 'Jangan', 'Senyum' dan 'Kan' semuanya ada elemen gitar tapi kali ini pendengar akan melihat sisi saya yang berbeza," katanya.

Biarpun memiliki pengaruh luar biasa dan lagu-lagu nyanyiannya meraih jutaan tontonan di YouTube, Aziz mengaku masih memiliki impian besar yang ingin dicapai. 

"Perjalanan selama lapan tahun ini masih baru dan tak sangka sejak kemunculan saya pada tahun 2014 menerusi lagu 'Senyum' saya masih dapat bertahan sehingga ke hari ini. 

"Sebenarnya ada banyak lagi karya baru yang ingin saya teroka dan berikan kepada peminat. Saya juga gembira apabila melihat industri nyanyian di Malaysia semakin berkembang dengan kehadiran bakat baharu. 

"Saya percaya sekarang adalah waktu terbaik untuk saya terbit dan tulis lebih banyak lagu baharu. Saya juga berharap dapat menembusi pasaran luar selain di Malaysia. Saya nak cuba tembusi pasaran Indonesia dan antarabangsa. 

"Bagi saya dunia sekarang sudah semakin kecil, lebih-lebih lagi dengan kehadiran media sosial serta platform digital yang semakin membangun. Ramai penyanyi sekarang mudah mendapat peluang untuk memperkenalkan karya mereka di serata dunia dengan pantas. 

"Misalnya penyanyi dari Indonesia, Pamungkas yang juga idola saya berjaya menembusi pasaran Filipina ketika ini. Jadi, saya juga punya impian dan misi untuk kembangkan karier saya supaya muzik saya dapat didengari di serata dunia," katanya. 

'Hanya Mahukan Bye' sudah boleh didengarkan di semua platform digital sejak 12 September manakala muzik video rasmi boleh ditonton di saluran YouTube Faithful.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Pernikahan Putera Mateen, Dayang Anisha Berlangsung Hari Ini

2

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Filem Indonesia, Siksa Neraka Diharamkan Di Malaysia

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen, Anisha Sudah Bermula

4

Selebriti 5 bulan yang lalu

Faizal Tahir Lelong Barangan Peribadi Demi Palestin

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Budaya 15 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran