web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kuching Jazz Festival 2022 Tampilkan Afgan

Festival itu turut mengetengahkan artis dan kumpulan dari Singapura, Australia serta Thailand dan ramai lagi artis yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 3:00PM

Penyanyi Indonesia, Afgan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi sensasi dari Indonesia, Afgan akan membuat persembahan pada Kuching Jazz Festival 2022, di Hotel Grand Margherita pada 28 dan 29 Oktober ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Rahman Hamzah berkata artis-artis dari negara jiran itu terbukti mampu menarik pengunjung ke tiga festival muzik sebelum ini, di Kuching.

“Afgan mempunyai peminat yang agak ramai di Malaysia dan juga di Sarawak dan namanya meraih permintaan peminat festival jazz sejak beberapa tahun. 

“Selepas tiga festival dianjurkan dengan jayanya sejak 2017, kami akhirnya dapat memenuhi permintaan ini dan membawa Afgan ke Kuching,” katanya pada sidang media Kuching Jazz Festival 2022 di Tribes Jazz and Raggae Lounge di Kuching, semalam. 

Abdul Karim berkata festival itu akan turut mengetengahkan artis dan kumpulan dari Singapura, Australia dan Thailand dan ramai lagi artis yang akan diumumkan tidak lama lagi.

“Tahun ini merupakan edisi keempat festival jaz ini dan kami tidak sabar untuk menganjurkan satu acara yang istimewa kepada semua pengunjung festival,” katanya.

Kuching Jazz, atau dahulunya dikenali sebagai Kuching Waterfront Jazz Festival, mula dianjurkan pada 2017 oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak sebagai platform memupuk dan memberi inspirasi serta pendedahan kepada bakat muzik tempatan, dengan membawa artis antarabangsa ke sini untuk membuat persembahan bersama-sama mereka.

Maklumat lanjut dan tiket boleh didapati pada laman Facebook dan Instagram rasmi Kuching Jazz serta laman web www.kuchingjazz.com. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang SUKMA 2024

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

HAWANA 2024 Bermula, Media Meriah Berkampung Di Kuching

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Resipi Mentua Rahsia Usahawan Wanita Raih Pendapatan Enam Angka

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN