web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Artis Viral TikTok, Rizky Febian Hadir Dengan Konsert Pertama Di Malaysia!

Rizky juga baru sahaja menawan peminatnya lewat lagu, 'Salah' yang pernah menjadi sebahagian daripada mahakarya Melly Goeslaw dan ia bakal dipersembahkan dalam konsert ini nanti.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Aug 2022 12:16PM

Rizky Febian - Gambar ihsan Pengelola Konsert

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi terkenal Indonesia yang lagunya sering menjadi pilihan warga di platform Tik Tok, Rizky Febian bakal tampil menerusi konsert solo pertamanya di Malaysia Oktober ini. 

Dibawakan The Jay Events & Media, konsert solo yang dinamakan Rizky Febian Live In Kuala Lumpur ini dijadual berlangsung di lokasi paling hangat masa kini, Zepp Kuala Lumpur pada  20 Oktober 2022, jam 8.30 malam.

“Kami melihat penting untuk membawa pemenang Best Asian Artist Indonesia di MAMA Award 2020 ini ke Malaysia kerana dia mempunyai banyak peminat di sini.

“Selain itu, dia juga mempunyai pencapaian yang luar biasa dalam karya muziknya sejak tahun 2015 sehinggalah ke fasa pandemik.  

“Kami percaya Rizky Febian akan memberikan persembahan terbaik buat peminat yang telah lama ingin bertentang mata dan menyanyi secara langsung bersama sama,” ujar Pengurus The Jay Events & Media, Shafik Jay.

Lagu hit pertamanya adalah 'Kesempurnaan Cinta' pada tahun 2015 sebelum disusuli dengan 'Penantian Bahagia', 'Makna Cinta', 'Terlukis Indah' dan 'Cuek'.

Rizky juga baru sahaja menawan peminatnya lewat lagu "Salah" yang pernah menjadi sebahagian daripada karya masterpiece Melly Goeslaw dan dijangka akan mendendangkan lagu tersebut dalam konsert sulungnya di negara kita.

Dengan lebih 25 buah lagu solo termasuk duet yang pernah dirilis, serta memenangi banyak anugerah baik di Indonesia mahupun di rantau Asia, kedatangan pemilik lebih 13 juta pengikut di platform Instagram ini pasti akan memberi kepuasan kepada peminat.

Tiket sudah mula dijual hari ini dengan harga tiket bermula RM259 untuk zon Ragu (Normal seat) dan Terlukis Indah (free standing), RM309 untuk Makna Cinta (premium seat) serta tiket berharga RM2500 (maksimum 5 orang) dalam zon khas bagi sesi VIP- Meet & Greet bersama Rizky Febian. 

Pembelian tiket boleh dibeli di https://www.myticket.asia/. - Getaran, 26 Ogos 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 11 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN