Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 9:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

 'Janjiku'  – Kaka Azraff

Baru sahaja memenangi anugerah paling berprestij Malaysia iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35 beberapa minggu lalu, penyanyi berbakat besar Kaka Azraff muncul dengan sebuah lagi buah tangan untuk peminatnya. Kali ini sebuah lagu balada mid-tempo dengan sentuhan R & B moden berjudul ‘Janjiku’ menjadi taruhan. Jelas kelihatan sewaktu pelancaran karya ini minggu lalu, lagu ini mempunyai makna yang besar buat Kaka sehingga menitiskan air mata sewaktu bercerita tentangnya. Begitu dekat buat dirinya, lagu yang menggambarkan janji Kaka untuk sentiasa ada buat suami, anak dan keluarganya yang tersayang begitu bijak disulam hasil gubahan MFMF dan juga Tisha Tiar. Lebih menyentuh perasaan, Kaka yang baru sahaja kehilangan nenda tersayangnya sebelum acara AJL35 teringat akan detik-detik manis yang dilalui bersama nendanya yang menjaganya sejak kecil. Perasaan kasih sayang ini dapat dirasai dalam bait-bait lirik dan melodi yang dilagukan. Ia juga lagu yang memberi peluang kepada Kaka untuk menyerlahkan vokal uniknya yang serak-serak basah itu! Tahniah Kaka dan terus berkarya.

'Goodbye Hello' – Syamel dan Ernie Zakri

Setelah lama menyembunyikan perhubungan mereka, pasangan duet tempatan paling popular tika ini akhirnya bersatu secara sah sebagai suami isteri. Dan apakala suami isteri yang memang hebat menyanyi bergabung dalam lagu, ia pasti menghasilkan sebuah keajaiban. Itulah yang terjadi kala Syamel dan Ernie Zakri mendendangkan lagu yang agak moden dan berentak catchy ini. Sungguhpun begitu ia tidaklah memeranjatkan kerana lagu ini hasil ciptaan serta tulisan Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, dan juga Mike Chan. Lewat irama yang dipaparkan serta pilihan kata-kata dalam liriknya, memang terlihat samar bayangan sentuhan Faizal Tahir dalam lagu ini. Dan seperti kebanyakan karya yang mendapat gubahan Faizal Tahir, ia biasanya ada sedikit kelainan dan mampu meninggalkan kesan. Ketara, ini langkah yang bijak oleh Syamel dan Ernie serta sesuatu yang segar berbanding balada yang boleh dijangkakan seperti sebelum ini. Tahniah sekali lagi Syamel dan Ernie!

'Tentang Kita' – Khareez dan Nadeera

Hasil gabungan dua komposer tersohor negara Sharon Paul dan Ajai dengan lirik oleh Bunga Cantik menghasilkan balada pop yang indah ini. Nyanyian dua orang bintang yang masih cuba mengukir nama dalam industri hiburan tempatan iaitu Khareez dan Nadeera, lagu ini sedap didengar dan memenuhi acuan balada yang sering menjadi pilihan drama bersiri sebagai lagu tema. Berkat suara merdu kedua-dua pemenang pertandingan realiti nyanyian Lagu Cinta Kita musim kedua “Tentang Kita” merupakan sebuah lagu balada yang menceritakan kisah percintaan sepasang kekasih yang tidak kesampaian dan setiap apa yang berlaku hanyalah fantasi semata-mata. Tiada yang cela pada suara kedua-dua vokalis ini, namun populariti lagu ini nampaknya akan bergantung sepenuhnya kepada sokongan radio tempatan serta permintaan peminat. Biarpun baladanya dicipta dengan baik, saingan di luar sana masih sengit. 

'Usah Kau Kembali' – Saidah Salim

Sejujurnya kami baru pertama kali mendengar tentang Saidah Salim dan pertama kali mendengar lagu yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi ini sendiri, terlihat bahawa Saidah mempunyai bakat dalam penciptaan lagu dan nyanyian. Walau bagaimanapun lagunya kurang menyerlah bukan kerana ia tidak enak didengar (kerana lagunya mudah dinikmati dan memang sedap dialunkan Saidah) tetapi kerana persamaannya dengan beberapa lagu pop melayu yang pernah melintasi halwa telinga pendengar muzik pop Melayu masa kini. Sungguhpun begitu, muzik tempatan memang kadang sukar diteka pasang-surutnya dan mungkin Saidah ada peluang untuk menyinar. Walau apapun kami harap karya Saidah seterusnya nanti akan lebih menarik dan mencuri perhatian berbanding karya yang ini. Jelas juga kelihatan di sini bahawa Saidah ada bakat mencipta lagu.

'Sendiri' – Anuar Zain

Setelah lama tidak tampil dengan persembahan baru, salah seorang penyanyi lelaki terhebat negara Anuar Zain kembali dengan ‘Sendiri’ yang juga merupakan runut bunyi asal drama ‘Single Terlalu Lama’. Ciptaan Farouk Roman dan Aisha Retno, ‘Sendiri’ mempunyai nuansa lagu-lagu R & B dan jazz Indonesia. Ini mungkin sudah dijangka gara-gara sentuhan Farouk dan Aisha yang kerap menghasilkan lagu berilhamkan muzik pop Indonesia. Seperti sebelum ini, suara Anuar Zain memang mantap dalam setiap karyanya dan ‘Sendiri’ sama sekali tidak mengecewakan. Biarpun lebih sinonim dengan irama balada R & B, karya Anuar kali ini yang berentak rancak adalah sesuatu yang diperlukan saat ini. Biarpun mesej yang dibawa adalah agak sedih tentang saat ditinggalkan cinta dan akhirnya bersendirian, ia satu comeback yang wajar diberi pujian buat Anuar dan pasti akan membuat para peminat tertanya jika ada lagi rentetan hebat selepas karya ini. – Getaran, 7 April 2021.

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

2

Muzik 4 minggu yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

3

Muzik 3 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Akhirnya Hindia Mendarat, Bawa Representasi Anak Muda

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Selebriti 13 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar