web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


(Kemas Kini) Agensi BTS Bakal Beli Agensi Justin Bieber Pada Harga US$1.05 Bilion

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 5:54PM

Gambar: AFP / Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Agensi di sebalik fenomena K-pop BTS telah mengumumkan baru-baru ini bahawa ia bakal membeli firma pengurusan Ithaca di Amerika Syarikat pada harga US$1.05 bilion. Firma ini menguruskan nama-nama besar seperti Justin Bieber, Ariana Grande dan Demi Lovato.

HYBE, atau sebelum ini dikenali dengan nama Big Hit Entertainment melaburkan sebanyak 1.07 trilion won (950 juta dolar) ke unitnya di Amerika Syarikat untuk membeli Ithaca Holdings yang diketuai usahawan media Amerika ternama, Scooter Braun.

Dalam acara yang berbeza di Seoul, syarikat itu berkata unitnya di Amerika Syarikat akan membayar sejumlah 1.05 bilion dolar kepada para pemegang bon dan pihak-pihak lain untuk penggabungan itu. 

Firma Korea Selatan itu akan “memperoleh melalui subsidiari milik penuhnya, HYBE America, 100 peratus saham dalam Ithaca Holdings,” sebut firma itu dalam sebuah kenyataan. 

Braun akan menjadi ahli lembaga pengarah HYBE dan artis-artis kedua-dua entiti - termasuklah BTS, Justin Bieber dan Ariana Grande - akan turut serta dalam penambahan kapital syarikat Korea Selatan itu, kata kenyataan itu lagi.

“Ini adalah peluang untuk kami mencipta sejarah dan terus mengembangkan inovasi dalam industri muzik,” kata Braun tentang penggabungan ini. 

BTS melonjak naik menjadi bintang global sejak tahun 2013 dan single mereka ‘Dynamite’ telah memasuki carta Billboard Hot 100 pada tangga pertama tahun lalu, menjadikan mereka kumpulan muzik Korea Selatan pertama untuk menduduki tempat teratas carta muzik Amerika Syarikat. 

Pada bulan Oktober lalu, HYBE tersenarai ke pasaran saham dengan nilai berbilion-bilion dolar. 

Penggabungan ini adalah cara untuk “mempercepatkan kemasukan HYBE ke dalam pasaran global,” kata syarikat ini dalam salah satu pemfailan yang dilakukannya. - AFP

 

Kemas Kini: 6 April 2021

HYBE mengeluarkan sebuah video di laman YouTube mereka untuk meraikan penyatuan HYBE dan Ithaca Holdings. Video ini menampilkan BTS, Justin Bieber, J. Balvin, Demi Lovato, serta CEO dan Pengerusi HYBE, Bang Si Hyuk dan CEO dan Pengerusi Ithaca Holdings, Scooter Braun.

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN