web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kumpul Duit! Konsert BLACKPINK Di Kuala Lumpur Mac 2023

BLACKPINK dijadualkan bakal hadir ke 27 kota berbeza termasuklah Kuala Lumpur pada Mac tahun hadapan!

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 2:00PM

BLACKPINK bakal menjelajah ke seluruh dunia - Gambar YG Entertainment

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah banyak berteka-teki dan berharap, kini Blink boleh tersenyum lebar apabila YG Entertainment mengumumkan secara rasmi tarikh konsert jelajah BLACKPINK di seluruh dunia!

Dalam sebuah tweet rasmi syarikat berkenaan pagi tadi, kumpulan yang dianggotai empat gadis cantik Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose ini bakal memulakan destinasi konsert jelajah mereka yang bernama ‘Born Pink’ di Seoul pada Oktober ini.

Tidak berhenti di situ, mereka juga dijadualkan bakal hadir ke 27 kota berbeza termasuklah Amerika Syarikat, Asia hinggalah ke Australia.

Namun, apa yang membuat peminat lebih teruja ialah pelantun lagu Kill This Love ini juga tidak ketinggalan dijadualkan bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 4 Mac tahun hadapan.

Bukan itu sahaja, setelah lama merindukan naskhah terkini mereka, Blackpink menerusi twitter rasmi mengumumkan bakal hadir dengan single terkini mereka iaitu Pink Venom tidak lama lagi. 

Sejak pengumuman itu, peminat mula menggila dan Blackpink menjadi antara 10 topik paling trending hari ini. 

“Tahniah Blackpink, akhirnya anda sudah ada sebuah konsert jelajah dunia yang lengkap. Selama ulang tahun keenam!,” tulis satu komen. 

“Kalau tengok poster ini, konsert akan tamat di Auckland, tempat Rose lahir,” kata komen yang lain. 

“Mesti kita akan bergaduh nak dapatkan tiket. Semoga berjaya semua,” ujar satu peminat di Twitter. - Getaran, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN