web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AIM Hanya Nilai Karya Terbit 18 Bulan Ini, Yang Lebih Tempoh Itu, Anggap Tiada Rezeki

Sebanyak 26 anugerah dipertandingkan tahun ini termasuk tiga anugerah baharu iaitu Lagu Cina Tempatan Terbaik, Lagu India Tempatan Terbaik serta Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan Artis Asing.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 8:00PM

Rosmin Hashim (kiri) bersama Ketua Saluran Astro Ria, Prima dan Warna, Norzeha Mohd Salleh di sidang media AIM23 hari ini.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah lima tahun menyepi, Anugerah Industri Muzik (AIM) kembali lagi bagi mengiktiraf bakat pengamal dan karyawan industri muzik tanah air melalui karya yang lahir dalam tempoh setahun setengah ini.

Bakal berlangsung pada 11 September ini, sebanyak 26 anugerah akan dipertandingkan tahun ini termasuk tiga anugerah baharu iaitu Lagu Cina Tempatan Terbaik, Lagu India Tempatan Terbaik serta Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan Artis Asing.

“Selalunya untuk AIM, kita akan nilai lagu-lagu yang terbit dalam tempoh setahun.

“Namun memandangkan AIM sudah lama tidak diadakan, makan kita anjak setahun setengah.

“Kerana jika kita ambil lebih lama daripada itu, maka AIM akan dilihat sedikit outdated. Jika ada yang karyanya lebih lama daripada tempoh itu, anggap sahaja ia tak ada rezeki untuk dipertandingkan di AIM.

“Cuma saya percaya karya-karya mereka ini turut diiktiraf dalam platform anugerah yang lain,” kata Rosmin Hashim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM23.

Mengenai cakap-cakap belakang yang mengkritik AIM sebagai sebuah penganjuran acara anugerah yang tidak relevan, Rosmin menyangkal dakwaan tersebut.

Bahkan, beliau yakin dan percaya bahawa penganjuran AIM masih dilihat signifikan apalagi penjuriannya yang berbeza berbanding mana-mana anugerah muzik yang sedia ada.

“Acara ini dinantikan seluruh warga industri tanah air dan masih relevan. Ia berbeza dengan anugerah yang sedia ada kerana penilaiannya dibuat orang yang memang pakar dalam industri muzik,” katanya.

Pencalonan untuk AIM dibuka untuk Lagu/Album dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan India bermula 1 Januari sehingga 30 Jun 2022.

Tempoh pencalonan dibuka pada hari Rabu, 27 Julai dan akan berakhir pada Jumaat, 5 Ogos ini pada jam 5 petang.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik, Video Muzik Terbaik, Album Terbaik, Lagu Terbaik, Video Muzik Terbaik dan lain-lain.

AIM 23 akan dibawakan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 September, jam 9 malam dan akan bersiaran di Astro Ria.

Acara karpet merah pula akan bermula jam 8.30 malam. - Getaran, 1 Ogos 2022

Gambar: AIM & Wafa Aula

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN