web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Tempat Boleh Tutup, Tapi Anak Seni Kita Akan Bangkit Lebih Lantang”- Sharifah Amani

Amani meminta agar pihak berkuasa meneliti kerelevanan undang-undang yang ada pada hari ini agar ia tidak dilihat seperti mengekang atau menindas kelompok seni di Malaysia.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 10:20PM

Sharifah Amani menyarankan pihak berkuasa membuka mata dan sedikit peka terhadap kepentingan ruang seni kepada komuniti setempat. - Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengarah Sharifah Amani mempersoalkan penyitaan dewan ruang acara seni serta harga lesen hiburan yang tidak masuk akal dikenakan kepada mana-mana komuniti kecil seni di Malaysia. 

Mengulas mengenai serbuan yang dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tanpa amaran di dewan ruang acara Angkasa Event Space pada Ahad, Amani meminta agar pihak berkuasa meneliti kerelevanan undang-undang negara yang ada pada hari ini agar ia tidak dilihat seperti mengekang atau menindas kelompok seni di Malaysia.

“Logiknya, lesen hiburan terlalu mahal. Bagaimana event space sekecil itu mampu nak bayar. Mereka pun bukanlah mendapat keuntungan yang banyak. 

“Banyak undang-undang dalam industri ini yang saya tidak faham bagaimana ia berfungsi. Ada (akta) yang dibuat pada tahun 60-an, maka pihak berkuasa perlulah merombak semula kerana ia mungkin tidak lagi relevan digunakan pada masa ini.  

“Bila ada menteri baru naik saja, mereka cakap akan perhatikan akta-akta. Namun sehingga hari ini, tak ada yang berubah. Siapa yang sebenarnya kisah tentang kesenian kita?” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media drama 'Murder by Moonlight'. 

Menurut penerima trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-19 itu lagi, pihak berkuasa perlulah membuka mata dan sedikit peka terhadap kepentingan ruang seni berkenaan kepada komuniti setempat.

“Seni adalah penting. Ia bukanlah sekadar hiburan, ia lebih daripada itu. Ruang seni adalah tempat untuk komuniti berkumpul. 

“Ketika Angkasa disita, Twitter saya dibanjiri dengan perbincangan mengenai penutupan event space ini. 

“Saya rasa semua orang bising kerana masing-masing berkongsi pengalaman dan kenangan di sana. Ada air mata dan ketawa di tempat itu,” katanya.

Angkasa Event Space disita sekitar jam 7.45 malam Ahad lalu semasa mereka sedang mengadakan sebuah acara muzik - Gambar Fail
Angkasa Event Space disita sekitar jam 7.45 malam Ahad lalu semasa mereka sedang mengadakan sebuah acara muzik - Gambar Fail

Bukan itu sahaja, Amani turut menegaskan walaupun ruang acara ini ditutup, namun ia sama sekali tidak akan melunturkan semangat penggiat seni untuk terus berkarya. 

“Mustahil semangat anak seni akan runtuh. Kalau jatuh generasi kami, generasi selepas ini akan ada. 

“Mereka ini akan naik lebih tinggi dan akan lebih lantang berbanding kami. Tempat mungkin tutup tapi semangat tetap ada,” jelasnya.

Terdahulu, Angkasa disita sekitar jam 7.45 malam pada Ahad semasa mereka sedang mengadakan sebuah acara muzik hip-hop sebelum diserbu pihak berkuasa kerana tidak mempunyai permit dan lesen hiburan.

Setiap pemilik dewan perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM77,000 untuk mendapatkan sebuah lesen hiburan.

Sejak Angkasa dibuka pada tahun 2018, mereka telah menganjurkan pelbagai acara seni muzik dan persembahan melibatkan penggiat seni arus perdana mahupun bebas (independent). 

Antara selebriti yang pernah membuat persembahan di sini termasuk Datuk M. Nasir, Noh Salleh, Masdo, Kyoto Protocol dan ramai lagi. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Gerai Jagung Bakar Warga Asing Disita

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlu Wujud Akta Baharu Berkaitan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian - Fahmi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Isu Gangguan Seksual Dipandang Serius, Langgar Hak Asasi Manusia

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong Perkenan 5 Akta Diluluskan Parlimen - Timbalan Speaker

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...