web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahu Lebarkan Sayap Di Indonesia, Ernie Zakrie Rakamkan Semula Lagu Tular 20 Juta, Hal Hebat! 

Hal Hebat adalah single paling hit pernah dinyanyikan Govinda dengan jumlah tonton menghampiri 20 juta sejak ia dilancarkan kira-kira 2 tahun lalu.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 12:00PM

Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru sahaja menyiapkan rakaman kolaborasi lagu duet, Hal Hebat bersama kumpulan Govinda yang cukup terkenal dan berpengaruh di Indonesia, penyanyi Ernie Zakri menganggap peluang itu sebegitu tidak harus di persia-siakan.

Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 
Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 

“Yalah, bukan mudah untuk band besar seperti mereka mahu berduet dengan artis dari Malaysia seperti saya, tambahan pula menyanyikan semula lagu hit mereka.

“Mereka (Govinda)  kumpulan muzik yang berpengaruh dengan pengalaman lebih 10 tahun lamanya dalam bidang muzik. Mereka sangat terkenal dan sudah menempa nama di Indonesia. 

“Mereka sangat mesra walaupun baharu pertama kali bersua dan chemistry di antara kami terus terjalin memudahkan proses rakaman.

“Alhamdulillah, saya telah pun selesai merakamkan semula lagu Hal Hebat bersama-sama mereka di Jakarta tempoh hari lalu. Ini adalah sebuah kolaborasi istimewa di antara Malaysia dan Indonesia yang jarang-jarang berlaku,” katanya. 

Menurut Ernie lagi, ide dea di sebalik pertemuan ini datangnya dari pihak Rocketfuel Entertainment dan juga MyMusic Records Indonesia yang mahukan kerjasama muzikal di antara dua benua terjalin. 

“Saya tidak mahu berada pada satu takuk sahaja, saya juga mahu cuba melebarkan sayap ke negara luar. 

“Namun semua ini tidak akan menjadi tanpa usaha yang berterusan serta doa-doa anda semua, jadi teruskanlah mendoakan perjalan seni saya agar saya dapat membina nama yang dapat membanggakan kita semua.

“Semoga Hal Hebat nyanyian kumpulan Govinda dan saya dapat diterima baik bukan sahaja di Malaysia bahkan di Indonesia juga, dan teruskanlah menyokong kerjaya saya sampai bila-bila,” kata Ernie yang telah pun melepasi kerjaya seni lebih  sedekad lamanya. 

Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 
Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 

Ernie baharu sahaja dikurniakan seorang puteri iaitu cahaya mata sulungnya hasil perkahwinan dengan pasangan duetnya, Syamel. 

Sementara itu, Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata, ini adalah usaha Rocketfuel dalam percubaannya menembusi pasaran Indonesia sebagaimana yang telah diwar-warkan ketika malam ulang tahun Rocketfuel yang kelima. 

“Hal Hebat adalah single paling hit pernah dinyanyikan Govinda dengan jumlah tonton menghampiri 20 juta sejak ia dilancarkan kira-kira  dua  tahun lalu.

“Ia bukan sahaj menjadi kegemaran penduduk di Indonesia sehingga hari ini, bahkan  di Malaysia pun, lagu ini turut mendapat tempat di hati penggemar muzk.

“Setelah itu, saya mendapat idea untuk menghubungi pihak MyMusic Indonesia dan meminta pendapat mereka, dan setelah berbincang, kami rasakan lagu ini adalah yang terbaik untuk dinyanyikan semula secara duet oleh kedua-dua buah negara.

“Semoga usaha ini menjadi batu loncatan buat Ernie untuk melebarkan sayapnya ke arena muzik Indonesia,” katanya. 

Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 
Gambar ihsan Rocketfuel Entertainment 

Lagu ‘Hal Hebat’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN