web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Bantu Pulihkan Semula Industri Pelancongan Malaysia

Konsert artis dari India, 'Yuvan 25 - Live in Concert Kuala Lumpur' yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil berjaya menarik kira-kira 10,000 penonton pada hari pertama ia berlangsung.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 8:05PM

Penulis lagu dan komposer muzik yang hebat dari India Selatan, Yuvan Shankar Raja - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas dua tahun sepi akibat pandemik COVID-19 yang tercetus pada 2020, konsert antarabangsa pertama artis dari India, Yuvan 25 - Live in Concert Kuala Lumpur yang berlangsung pada 16 Julai di Axiata Arena, Bukit Jalil berjaya menarik kira-kira 10,000 penonton pada hari pertama ia berlangsung.

Penonton yang menghadiri konsert dua hari itu bukan sahaja peminat tempatan kepada penyanyi, penulis lagu dan komposer muzik yang hebat dari India Selatan, Yuvan Shankar Raja, tetapi juga peminat setianya dari Amerika Syarikat, Australia, Singapura dan India.

Kemampuan konsert itu menarik peminat dari seluruh dunia merupakan petanda baik untuk Malaysia, terutama dalam memulihkan semula industri pelancongannya yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Bukan itu sahaja, lebih banyak konsert muzik antarabangsa di Kuala Lumpur terutamanya oleh artis dari India sedang dalam perancangan untuk sepanjang tahun, termasuk konsert penyanyi latar Sid Sriram dan Anirudh Ravichander, komposer AR Rahman dan Maestro Ilaiyaraaja serta bintang Bollywood Salman Khan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation Datuk Abdul Malik Dasthigeer, penganjur konsert itu, berkata acara konsert muzik boleh menjadi tarikan dalam merancakkan semula industri pelancongan Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Abdul Malik berkata pelancongan muzik kini menjadi fenomena baharu di seluruh dunia dan Malaysia perlahan-lahan meneruskan semula produk pelancongan itu untuk memulihkan semula industri ketika negara menuju ke fasa endemik.

"Kami sangat gembira melihat sambutan terhadap konsert Yuvan dan merancang satu lagi konsert India antarabangsa yang besar pada September," katanya sambil menambah bahawa kira-kira 9,000 tiket telah terjual dalam masa kurang daripada dua jam untuk hari pertama konsert Yuvan-25.

Sementara itu, Pengarah Kanan Tourism Malaysia (Bahagian Perancangan Strategik) Syed Yahya Syed Othman dilaporkan berkata hiburan terutamanya konsert merupakan antara elemen yang diperlukan dalam memulihkan kembali industri pelancongan.

"Oleh itu, Tourism Malaysia menyokong semua konsert, melibatkan artis dalam dan luar negara, diadakan di sini kerana setiap artis akan membawa bersama peminat mereka ke Malaysia. Setakat ini kami mempunyai empat artis dari India. 

"Sebagai contoh, kami sudahpun menerima tiga hingga empat penerbangan sewa khas dari India dan Singapura untuk konsert penyanyi dan komposer muzik India Selatan, Anirudh Ravichander yang bertemakan jelajah muzik 'Anirudh's Once Upon A Time', pada 17 Sept nanti. Kami juga ada menerima permohonan konsert daripada artis Indonesia dan Korea," katanya kepada Bernama baru-baru ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 11 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...