Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Panas! Ini 5 Momen Mega Sepanjang Konsert Fabulous Friday Wings

Melangsungkan konsert terbaharu mereka dua malam berturut-turut minggu lalu, Wings membuktikan sayapnya tidak pernah patah walau zaman sudah berubah.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 8:04PM

Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan kemunculan pelbagai genre muzik seluruh dunia, Malaysia tidak terkecuali mengalami proses adaptasi muzik dari klasik, pop gitar rancak, rock and roll sehinggalah kepada zaman kegemilangan rock kapak.

Bila difikir-fikir, memang tiada apa-apa kaitan rock dan kapak. Istilah ini muncul kerana banyak band pada ketika itu bernyanyi di fun fair atau padang car park (kapak). Gelaran rock kapak juga melekat dalam ingatan masyarakat dan mengalami kegemilangan sekitar tahun 1983 hingga 1993.

Bermula dari Sweet Charity, banyak band muka mercup dalam era tersebut seperti BPR, Lefhanded, Search, May, Ekamatra termasuklah Wings. Siapa sangka kumpulan yang dimulakan oleh empat orang remaja sekolah menengah boleh menjadi kumpulan penting dalan perkembangan muzik di Malaysia.

Melangsungkan konsert terbaharu mereka dua hari berturut-turut minggu lalu, Wings membuktikan sayapnya tidak pernah patah walau zaman sudah berubah. Berikut adalah lima momen terbaik sepanjang konsert Fabulous Wings  di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC yang kami kumpulkan buat tatapan pembaca.

Tiket laris dalam 5 minit

Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 
Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 

Penangan dan bahang Wings sebenarnya sudah dapat dirasai semasa penjualan tiket konsert itu lagi. Ketika tiket mula dijual 10 pagi, bagai pisang goreng panas ia tiba-tiba sudah habis dibeli dalam tempoh lima minit sahaja.

Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 
Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 

Bukan itu sahaja, melihat sambutan memberangsangkan itu, mereka kemudian melanjutkan konsert semalam lagi dan tiket untuk konsert malam kedua pula habis dalam tempoh 15 minit sahja. Ramai rupanya yang teruja untuk menyaksikan penampilan Datuk Awie, Eddie, Black, Syam dan Edrie Hashim dalam satu pentas yang sama.

Awie memang gila

Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 
Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 

Vokalisnya, Datuk Awie seolah-olah ‘membakar’ dewan malam tersebut. Persembahannya padu dan bertenaga. Sebagai generasi baru yang tidak sedekat itu mengenali aliran muzik rock kapak, Awie dengan sekejap menunjukkan kualiti Wings yang menjadi kumpulan itu penting dan digilai ketika zaman kegemilangan Rock Kapak dulu.

Siapa sangka di sebalik aksinya melompat dan vokalnya yang boleh membuat penonton tercampak, Awie sebenarnya mengalami masalah kesihatan pada malam konsert. 

Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 
Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 

“Sebelum datang saya mengalirkan air mata kerana tidak mampu memberian seratus peratus untuk persembahan malam. 

“Sebenarnya saya kurang sihat kerana mengalami demam dan batuk. Macam-macam ubat saya bawa malam ini. Saya pergi ke hospital tapi wad terlalu ramai,” dedahnya pada malam konsert tersebut.

Membawa jalan kenangan 

Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 
Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 

Awie mengakui tidak mudah untuk memilih lagu-lagu yang ingin dibawakan setiap kali konsert. Ketika malam bersejarah tersebut, Wings telah memutuskan untuk membawa penonton tenggelam dalam nostalgia dan menyanyikan beberapa lagi hits daripada album-album yang pernah dihasilkan mereka.

 Dibuka dengan persembahan Satelit Puaka dan Kuburkan Aku. Wings menceritakan kembali bagaimana lagu-lagu itu dirakamkan di Melbourne sekitar tahun 1993. Mereka turut mendedahkan tempat beberapa lagu lain dihasilkan seperti lagu Jerangkung Dalam Almari di Jepun dan Gemuruh  di tepi tasik Titiwangsa.

“Banyak yang kita lalui sepanjang menjadi anak seni. Ada momen baik, buruk, gila tapi kita harung sahaja. Terima kasih kerana menyokong Wings,” tambah Awie.

Satu lagu khas dari Edrie Hashim 

Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 
Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 

Lagu ketiga yang dimainkan Wings adalah sebuah lagu lama yang sebenarnya diciptapemain gitarnya iaitu Edrie Hashim. Awie mendedahkan lagu itu penting untuk dipersembahkan sebagai penghargaan kepada Edrie dan wajar dipersembahkan kepada khalayak. 

“Lagu ini Edrie yang buat, jadi kita persembahkan malam ini sebab bagi saya lagu ini sedap,”kata Awie.

Bonus dua lagu

Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 
Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 

Wings sepatutnya menyanyikan 15 lagu mereka pada malam itu yang ditutupi dengan lagu Rock N Roll Lu Punya Suka. Namun, 10 minit  sebelum jarum jam menunjukkan jam 10:30. Sesisi dewan bersorak meminta Wings menyanyikan satu lagi lagu sebelum menutup malam bersejarah itu. 

Tidak menghampakan, Wings kemudian memberikan dua buah lagi lagu tambahan iaitu Harapan dan Sejati. Penonton gegak gempita menyanyikan lagu hits itu beramai-ramai sebelum menutup tirai.

Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 
Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd 

Apapun, konsert Wings memang panas kerana membawakan persembahan yang hangat serta merakam kegemilangan zaman rock kapak seperti lirik mereka yang berbunyi ‘usia perangkap kita , remaja kita tinggalkan. Namun aku masih menggenggam janji’. - Getaran, 18 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 hari yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

2

Muzik 6 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 21 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Budaya 5 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran