web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Tunggu’ – VE

Barangkali antara kumpulan vokal R&B terbaik Malaysia, VE kembali membuat kejutan tahun ini dengan sebuah lagu baru berjudul ‘Tunggu’.  Walaupun begitu kumpulan VE2021 kali ini hanya diterajui Zafri Nazaruddin atau Zaf dan Charma Adizalilullah atau Cham bersama dua anggota baru, Adeep Nahar dan Luqman Hakim. Yang pasti vokal mereka tidak pernah mengecewakan walaupun terdapat dua ahli baru untuk projek ini. Lagu mid-tempo ini yang mempunyai elemen old school tetapi diadun dengan citarasa semasa itu masih mengekalkan vokal berharmoni yang menjadi trademark kumpulan yang pernah memenangi Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-13  Sekali mendengar lagu ini saya teringat akan kumpulan Maliq and D'essentials dari Indonesia berkat irama yang ditonjolkan. Dilengkapkan dengan susunan vokal yang harmoni dan sepadu, ‘Tunggu’ wajar diberi peluang untuk menjadi lagu kebangkitan semula kumpulan VE. Syabas VE2021 dan semoga kalian terus berkarya! 

 

 

‘Tiada Kata Secantik Bahasa’ – Hijjaz

Lebih lima tahun tidak muncul dengan single terbaru, kumpulan nasyid Hijjaz akhirnya mengubati kerinduan peminat mereka menerusi lagu Seniman Agong Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul ‘Tiada Kata Secantik Bahasa’ (TKSB) yang diberikan nafas baru. Namun apa yang menariknya, Hijjaz yang dianggotai Munif Ahmad, Isman Nadim Isam, Mohd Faizal Osman dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim tidak bersendirian mendendangkan lagu berkonsepkan selawat itu. Sebaliknya TKSB 2020 menyaksikan kolaborasi julung kalinya kumpulan nasyid yang ditubuhkan sejak 1997 itu bersama tiga bakat muda iaitu duo rap terkenal tanah air, Kmy Kmo dan Lucka Sickta serta bekas peserta program realiti Mentor musim ketujuh, Pasya. Bagi menampilkan kelainan selepas sekian lama tidak memiliki buah tangan terbaru, Hijjaz menyuntikkan elemen segar ke dalam single terbaru itu apabila memasukkan elemen Rock Nasyid Rap (RNR). Anggota Hijjaz, Isman Nadim Isam yang juga pencetus idea kepada TKSB 2020 malah turut bertindak sebagai penulis lagu, lirik serta penerbit lagu itu berkata, dia mendapat ilham hampir tiga tahun lalu ketika berada di Madinah. Dia berhasrat menukar liriknya daripada tentang memuji wanita kepada memanjatkan selawat ke atas Rasullullah. Jelas terbukti, formula ini berjaya kerana ia satu karya yang indah dan harus diberikan peluang.

 

 

‘Emoji Hati’ – Hakim Khan

Hakim Khan sebenarnya bukanlah nama baru dalam industri hiburan dan telah lama mencuba nasib di arena ini. Berdarah kacukan India dan Melayu Hakim pernah tampil dengan beberapa lagu sebelum ini namun kali ini dia muncul dengan ‘Emoji Hati’ di bawah syarikat rakaman 17 Eleven Music. Lagu ciptaan Shazee Ishak dan lirik oleh Raja Muizuddin Shah ini bersifat menyeluruh dan tidak ada kaitan dengan dirinya. Ia mengisahkan bagaimana hubungan cinta seorang lelaki dengan wanita yang tergantung disebabkan sikap wanita itu yang bermain tarik tali. Mempunyai rentak yang agak catchy dan sesuai dengan lagu-lagu pop masa kini, ‘Emoji Hati’ memenuhi kriteria muzik zaman sekarang. Ia tidak terlalu berat dan mengingatkan kita kepada lagu-lagu dendangan Justin Bieber di awal kemunculan dahulu. 

 

 

‘Rindu Separuh Nyawa’ - Naqiu dan Vanessa Reynauld

Sebuah lagi lagu tema untuk drama TV bersiri berjudul ’Rindu Separuh Nyawa’ memaparkan lagu dengan tajuk yang sama. Lagu ciptaan Naqiu, Wit dan Mohsen ini menampilkan Siti Rosmizah sebagai penulis lirik dan dilagukan dengan baik oleh Naqiu sendiri bersama bintang yang mula mencipta nama, iaitu Vanessa Reynauld. Gabungan dua tona suara ini melahirkan sebuah balada Melayu yang memang sesuai dijadikan lagu tema drama. Lengkap dengan perencah-perencah yang biasanya ada dalam lagu pop Melayu, karya ini turut menunjukkan kebolehan Naqiu dalam menggubah lagu bersama selain menyerlahkan vokal uniknya itu. Ternyata suaranya sesuai disatukan dengan suara penuh kuasa Vanessa.     

 

 

‘Bulan Sabit di Bibir’ - Hyrul Anuar

Namanya mungkin kurang dikenali di Malaysia namun Hyrul Anuar bukanlah nama asing buat warga Melayu di Singapura. Merupakan pemenang pertama rancangan realiti nyanyian Melayu terulung Singapura, ‘Anugerah’, Hyrul Anuar sebenarnya pernah muncul dengan album solonya sendiri dan juga beberapa lagu-lagu susulan. Kini dia kembali dengan sebuah karya baru ciptaan dan tulisannya sendiri yang berjudul ‘Bulan Sabit di Bibir’. Lagu ini sesuatu yang segar dan enak didengar untuk meningkatkan semangat dan membuat anda rasa positif. Kiasan dalam lirik dan judulnya sendiri membawa maksud senyuman jika anda bayangkan bentuk bulan sabit dari bawah. Ia jelas satu cubaan, yang wajar diberikan pujian buat penyanyi berbakat ini. Selain suaranya yang merdu, rentak lagu ini juga membuat anda ingin turut serta menari dan menyanyi. Semoga muzik Hyrul berjaya merentasi sempadan Singapura dengan lebih luas selepas ini. - Getaran, 31 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN