web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alan Walker Dan DJ Soda Gegar Borneo Music Festival Live 2022

Kedua-dua DJ yang punya kelompok besar peminat ini bakal menggegarkan Borneo Music Festival Live 2022 di Sarawak Cultural Village, Kuching, pada 9 dan 10 September ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 8:00PM

Alan Walker, DJ Soda dan banyak lagi pemuzik akan menggegarkan Borneo Music Festival Live 2022 September nanti - Gambar ihsan Firmament Event Studio

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rasanya ramai yang tidak sabar menanti kehadiran DJ United Kingdom (UK) terkemuka, Alan Walker dan DJ Soda dari Korea Selatan. 

Kedua-dua DJ yang punya kelompok besar peminat dari serata dunia ini bakal menggegarkan Borneo Music Festival Live 2022 di Sarawak Cultural Village, Kuching, Sarawak pada 9 dan 10 September ini. 

Alan Walker mula mencuri perhatian selepas muncul dengan lagu 'Faded'. Populariti lagu ini yang mencetuskan fenomena luar biasa hingga meraih sijil jualan multi-platinum di lebih 10 negara termasuk Amerika Syarikat dan UK. 

Lagu-lagu ciptaan Alan Walker selepas itu juga turut menjadi hit. Antaranya adalah 'Alone', 'Alone II', 'The Spectre', 'Darkside', 'Sing Me to Sleep' dan 'Diamond Heart' bakal tampil buat julung kali di Sarawak. 

DJ Soda turut mempunyai jutaan pengikut dalam talian dan popularitinya juga memuncak di peringkat antarbangsa. 

Tidak hairanlah jika Borneo Music Festival Live 2022 ini akan didominasi kelompok peminat mereka nanti, bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga dari negara-negara lain. 

Borneo Music Festival Live 2022 yang secara eksklusif dibawakan oleh Amazing Aurora Entertainment dan dianjurkan Firmament Event Studio dengan kerjasama More Entertainment. 

Ia menghimpunkan artis dari enam negara serta bakal menyatukan pelbagai genre muzik pada satu platform yang sama.

Selain Alan Walker dan DJ Soda, festival ini juga bakal dijayakan DJ Alexis Grace, DJ Ice Cream, DJ Chacha, DJ MYVAX dan DJ Paul dari Malaysia, Nicole Chen dari Singapura, DJ X Factor dari Filipina, DJ Venom C dan Moski Love dari Indonesia. 

Manakala, barisan penyanyi Malaysia yang akan beraksi di festival ini adalah seperti Rynn Lim, ThomasJack dan Priscilla Abby bersama kumpulan muzik tempatan At Adau dan Tuku’ Kame’.

Bagi memeriahkan lagi festival tersebut, peminat yang membeli tiket yang dibeli seawal 6 dan 7 Julai ini berpeluang untuk mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus. 

Diskaun tersebut hanya diberikan kepada pembeli tiket pada tarikh berkenaan sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk mendapat tiket tersebut di www.excitix.com.my dan tiket mula dijual pada 12 tengahari. 

Semua harga tiket dikenakan bayaran RM4 untuk yuran pemprosesan. Kemasukan ke festival muzik ini hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Ikuti perkembangan lanjut festival ini di Instagram @borneomusicfestivallive. - Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 10 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN