web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elizabeth Tan, Zynakal Pertaruh Lagu Baharu Ala Korea

Lizzy mengakui lagu ini menceritakan tentang dirinya berhadapan dengan seorang lelaki Narsis yang mementingkan diri.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 9:45AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi  Elizabeth Tan dan Zynakal bergabung buat pertama kalinya dalam sebuah single baharu beritma pop dansa ala Korea bertajuk ‘Narsis’.

Wanita yang senang disapa sebagai Lizzy ini gembira hadir dengan buah tangan terbaharu setelah sekian lama sibuk menjalani penggambaran selain memberi fokus kepada keluarga. 

Lagu pop rancak yang berdurasi selama 2:24 minit ini menceritakan tentang perihal manusia bersifat narsistik yang sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat kita sejak dahulu lagi.

“Lirik lagu ini sebenarnya sangat straightforward, kalau diamati ia tentang seorang lelaki ‘narsis’ yang mementingkan diri dan tidak mempedulikan orang lain selain dirinya.

“Lagu ini juga agak peribadi bagi saya kerana saya pernah mengalami situasi berdepan dengan insan sebegini. Saya diperlakukan dengan teruk dan tidak adil,” kongsi Lizzy.

Proses rakaman yang memakan masa selama beberapa jam berlangsung di Studio MFMF, manakala proses pengubahsuaian dan suntingan single ini berlanjutan selama seminggu.

Zynakal menyifatkan kolaborasinya bersama finalis Anugerah Juara Lagu 2017 itu sebagai satu tawaran yang bermakna. Apalagi Zyn menulis sendiri bahagian rap dalam lagu itu.

“Untuk rangkap rap dalam lagu ini, saya sendiri menulis liriknya bagi menambah sentuhan rap seorang Zyn dalam lagu ini,” ulas Zyn.

Sebuah muzik video turut dimuat naik serentak dengan peluncuran lagu ini dan boleh ditonton melalui platform Youtube.

Mereka berharap agar peminat semua boleh menerima dan menyukai 'Narsis' sebagaimana lagu-lagu mereka sebelum ini. 

Lagu ‘Narsis’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. - Getaran, 29 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN