web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dolla Muncul Dalam Permainan Berbentuk Aksi Perlawanan Tersohor, Garena

Melalui kolaborasi bersama Garena, Dolla bukan sahaja menjayakan kempen “Free Fire Untuk Semua” tetapi juga muncul dengan single berjudul 'Fight'.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 7:45PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak siapa menyangka, saat pandemik COVID-19 melanda dunia, Dolla mampu menjadi sebuah kumpulan vokal tari paling berjaya di Malaysia. 

Kemunculan lagu hit pertama mereka, 'Dolla Make You Wanna' pada Mac 2022 pantas mencuri perhatian peminat muzik tempatan. Dan mereka terus digilai apabila muncul dengan lagu yang penuh energi dan konsep gerak tari yang cantik dan menarik. 

Dengan enam buah lagu hit termasuk salah satu lagu raya paling popular dewasa ini yang berjudul ‘Raya Raya Raya’, seolah-olah tiada apa yang mampu mengekang empat gadis berbakat ini daripada meraih kejayaan demi kejayaan seterusnya. 

Melebarkan sayap lebih jauh, kuartet yang terdiri daripada - Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya ini bakal meninggalkan impak dalam industri permainan dalam talian melalui kolaborasi bersama permainan mudah alih Garena untuk kempen “Free Fire Untuk Semua”.

Kerjasama Dolla bersama permainan berbentuk aksi perlawanan tersohor ini juga berpaksi pada sebuah lagu yang dicipta khas berjudul ‘Fight’.

Kempen induknya, “Free Fire Untuk Semua” bertujuan  membawa para pemain bersama dengan Free Fire mewakili ikatan yang mereka kongsi. 

Kerjasama ini melambangkan usaha berterusan Garena untuk mewujudkan kandungan berunsur tempatan buat komuniti Free Fire di Malaysia.

Bahagian terbaharu kempen memberi fokus kepada pemerkasaan aneka budaya melalui Free Fire, sejajar dengan kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya” (“Free Fire For All Cultures” dalam Bahasa Inggeris). 

Bersesuaian dengan latar belakang ahli-ahli Dolla yang berlainan budaya, “Fight” juga menggabungkan beberapa bahasa dan unsur tradisional untuk menekankan tema budaya.  

Lagu ini turut menampilkan beberapa kata kunci penting dari acara tahunan Free Fire yang berjudul "Rampage", yang akan berjalan serentak bersama kempen “Free Fire Untuk Semua Budaya” pada bulan ini.

“Melakukan penggambaran untuk Free Fire adalah satu pengalaman luar biasa. Itulah pertama kali kami terpaksa berlatih untuk gerakan lagak ngeri bersama kesan visual khas. Pengarah kami memang hebat,” ujar Tabby, salah seorang ahli kumpulan tersebut.

Sabronzo pula berkata, mereka sangat bersyukur dan ingin berterima kasih kepada para pelagak ngeri terbabit kerana sudi mengajar mereka cara berlawan dan menggunakan senjata. 

“Terima kasih kerana sentiasa menjaga kami dan memastikan tiada kecederaan yang serius terjadi. Saya memang menantikan Kerjasama ini dan tidak sabar untuk melihat peminat kami menyertainya,” tambah Sabronzo.

Sungguhpun begitu, penggambaran ini ada cabarannya dan Syasya sempat mengulas berkenaan hal tersebut.

“Kami tak pernah buat aksi lagak ngeri atau sebarang bentuk gerak lawan sebenar. Jadi pengalaman ini sesuatu yang baru. Dan bila terpaksa membayangkan suasana dengan kesan visual, itu satu cabaran juga,” jelasnya. 

Gelombang terbaharu acara “Free Fire Untuk Semua” telah berlangsung dari 13 hingga 30 Jun dan akan menyaksikan Free Fire meraikan perbezaan dalam komuniti.

Lagu kolaborasi berjudul 'Fight' telah dilancarkan menerusi sebuah video muzik rasmi pada 17 Jun lalu dan boleh juga didapati di semua wadah  penstriman  digital  serta  laman  Facebook,  Instagram dan YouTube  Free Fire. - Getaran, 22 Jun 2022

Gambar: Universal Music Malaysia 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Buah Tangan Terbaharu Dolla Setelah Tinggal Bertiga

2

Muzik 2 tahun yang lalu

DOLLA Umum Konsert Re:Birth The Experience

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Anggota Kumpulan Dolla Iaitu Angel Kena Serang Peminat Fanatik, Gara-Gara Tak Puas Hati Gosip Bercinta Dengan Nadhir Nasar

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ditegur Neneknya, Pelakon Rozie Othman, Tentang Pemakaian Seksi - Syasya Dolla Akui Tidak Mahu Jadi Hipokrit

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN