Berita Terkini

1 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 1 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 1 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 1 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT 1 jam yang lalu: Chang sertai lawatan PM ke China, intai peluang pelaburan berkaitan sains, teknologi, inovasi

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2021 3:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Selamanya Cinta’ – Bunga Citra Lestari

Suara merdu Bunga Citra Lestari (BCL) memang disenangi ramai dan sejak BCL kembali berkongsi suaranya dengan pencinta muzik nusantara Melayu, setiap karyanya tidak pernah mengecewakan. Kali ini BCL tampil dengan lagu tema untuk sekuel filem Indonesia popular Surga Yang Tak Dirindukan 3 gubahan hebat Melly Goeslaw, berserta sentuhan lirik Manoj Punjabi dan juga Iman RN Sastrosatomo. Sesuai dengan nada suara BCL, lagu ini mengalunkan irama yang indah dan tidak berlebihan, kental dengan warna gubahan lagu-lagu Melly ia memang wajar dijadikan lagu tema untuk filem popular ini. Selain itu lagu ini juga memang cocok dibawa oleh BCL kerana ia menunjukkan semangat yang dipaparkannya untuk bangkit kembali melakar nama di dalam industri seni suara. 

 

‘Adakah Ini Mimpi’ – Reedzwan

Seorang lagi bakat baharu yang ingin mencuba nasibnya dalam arena hiburan Malaysia muncul dengan sebuah lagu pop balada berjudul ‘Adakah Ini Mimpi’. Sungguhpun Reedzwan mempunyai suara yang sedap, melodi lagu ini seperti pernah didengari dan mirip lagu-lagu ‘leleh’ yang membanjiri radio Melayu satu ketika dahulu. Sejujurnya melodi lagu ini kurang progresif untuk dewasa kini yang sudah menyaksikan lebih banyak karya-karya hebat oleh BBNU (Budak Budak Baru Nak Up) lain. Walau bagaimanapun dengan paras rupa yang pasti disukai oleh gadis-gadis di luar sana, Reedzwan ada harapan untuk pergi lebih jauh. Semoga karya seterusnya lebih baik dari yang ini.

 

 

‘Kamu yang Rugi’ - Santesh 

Satu ketika dulu, Santesh meraih populariti dalam dunia hiburan Melayu selepas mengeluarkan lagu berjudul 'Amalina' dalam dua bahasa. Percubaannya itu berjaya sehingga lagu itu menjadi tular dan membuat dirinya dikenali ramai pendengar muzik Melayu. Kini, Santesh kembali dengan sebuah lagi karya berjudul ‘Kamu Yang Rugi’, yang tidak kurang hebatnya dengan lagu ‘Amalina’. Suara Santesh sebenarnya sangat sesuai dengan lagu-lagu yang dibawanya, malah lagu ini juga sangat catchy dan mudah dinyanyikan. Hook yang ditampilkan dalam lagu ini membuat ia mudah diingati dan mempunyai potensi untuk menjadi sebuah lagi hit buat dirinya. Bukti perkembangan yang baik untuk menggalakkan lebih ramai penyanyi bukan Melayu memasuki industri hiburan tempatan.   

 

 

‘Masih Ada’ – Naqiu

Siapalah sangka bahawa bekas vokalis kumpulan Boboy yang satu ketika dahulu menjadi fenomena pada tahun 90-an akan kembali membuat kejutan dalam dunia seni suara tempatan. Selepas berkongsi kejuaraan dalam rancangan realiti ‘Gegar Vaganza’ bersama Hady Mirza dua tahun yang lalu, Naqiu muncul dengan sebuah lagu solo berjudul ‘Masih Ada’. Lagu ciptaan Naqiu ini sendiri mendapat sentuhan lirik Wit Mohsen dan menampilkan sisi Naqiu yang lebih matang. Jauh berbeza dengan lagu-lagunya semasa bersama kumpulan Boboy dulu, ‘Masih Ada’ merupakan sebuah balada rock yang boleh mencuri perhatian peminat muzik Melayu. Jika dipasarkan dengan betul, ia mampu mendapat putaran yang tinggi di semua radio tempatan.

 

‘Ketika Cinta Ingin Dimengerti’ – Sheila Majid

Ratu Jazz negara membuat kejutan dengan mengeluarkan sebuah lagi karya ciptaan pemuzik Indonesia Yantie Isfandiary Airlangga yang berjudul ‘Ketika Cinta Ingin Dimengerti’. Sesuai dengan genre muzik yang diperjuangkan Sheila, lagu ini sinonim dengan gaya nyanyiannya yang indah namun bersahaja. Susunan lagunya yang menarik menjadikannya sebuah karya yang sedap didengar apatah lagi jika ingin menenangkan fikiran. Semoga lagu ini mendapat tempat di kalangan peminat muzik di Malaysia juga. – Getaran 24 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia, Kemboja Tingkatkan Kerjasama Dalam Pelbagai Sektor

2

Semasa 1 hari yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam

3

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Tiba Di Phnom Penh, Lawatan Rasmi Perkukuh Hubungan Malaysia-Kemboja

4

Semasa 4 hari yang lalu

Jumlah Kematian Akibat Tibi Meningkat, Pesakit Sila Teruskan Rawatan!

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

‘Mierul Aiman Kelakar’ - Qasrina Karim Jawab Kemesraannya Dengan Aktor Itu Di Set Penggambaran

oleh Wafa Aula

Muzik 4 jam yang lalu

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri, Tetapi Memilih Untuk Pendam Perasaan, Luahan Adrianna Terhadap 'Sayang'

Dulu banyak ‘cover’ lagu orang, kini pempengaruh TikTok, Adrianna sudah mula menulis lagu sendiri yang dihasilkan tidak sampai 4 Jam!

oleh Wafa Aula

Muzik 1 hari yang lalu

Samsons Adalah Sebuah Jenama, Siapa Pun Vokalisnya, Ia Tidak Harus Dipertikaikan - Irfan Samsons

Adrian yang sudah dua tahun menggantikan tempat Bam mengakui, dirinya masih terlalu ‘hijau’ untuk berkongsi perjalanan bersama kumpulan muzik tersebut.

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 9 jam yang lalu

Nabila Huda Akui Stress Bila Tak Dapat Memasak Dan Makan Apa Yang Disukainya Bila Berdiet 

oleh Wartawan Hiburan Getaran