web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Happy Ending’ Mike Shinoda

Menggunakan platform dan teknologi terkini, Mike Shinoda berkolaborasi dengan Iann Dior dan UPSAHL untuk menghasilkan 'Happy Ending'.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2021 2:30PM

Gambar: Warner Music

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vokalis grup band Linkin Park, Mike Shinoda, baru sahaja melancarkan single terkininya berjudul ‘Happy Endings’ pada 19 Februari lalu. Buah tangan terbaharu ini dilihat cukup unik kerana ia adalah kolaborasi yang melibatkan artis pelbagai genre, iaitu Iann Dior dan penyanyi pop, UPSAHL. 

Terdahulu, Mike membuka jalan awal untuk ‘Happy Endings’ dengan mempromosikan menerusi media sosial, Twitch dan juga platform-platform wang kripto (cryptocurrency). Ini menjadikan Mike sebagai artis label utama yang pertama berjaya melancarkan single menerusi lelongan NFT (Non-fungible token).

Klip berdurasi 75 saat itu segera menarik minat peminat dan pencetus trend (tastemaker), di mana 10 pembida utama akhirnya menerima cetakan asal karya seni tunggal yang ditandatangani oleh Shinoda dan artis kontemporari Cain Caser. Wang hasil lelongan disalurkan ke ArtCenter College of Design.

Menampilkan muzik penuh energi, lagu upbeat ini mengisahkan tentang kekecewaan yang sempurna di permulaan 2021. Persilangan antara genre alternatif, hip hop, dan pop bercampur dalam naskah ‘Happy Endings’. 

Berkongsi tentang penghasilan single ini, Mike memberitahu ianya terhasil setelah dia dihubungi oleh Samantha Ronson yang mengajaknya untuk sama-sama menghasilkan sebuah lagu. 

"Pada awalnya, saya mendapat mesej ringkas daripada Samantha Ronson, dia bertanya sama ada saya mahu menulis lagu bersamanya dan juga rakan penulisnya, Pete.

"Biarpun saya tidak begitu mengenali Samantha, namun kerjasama ini akhirnya menjadi kenyataan setelah Samantha mencadangkan pemuzik berbakat, UPSAHL yang turut disebut-sebut oleh teman saya,” ujar Mike dalam satu temu bual secara dalam talian baru-baru ini. 

Lagu 'Happy Endings' membawa pesanan positif untuk semua pendengarnya. Bait-bait liriknya mengajak seseorang supaya terus positif ketika melalui saat-saat sukar ini.

Jelas Mike, dia di antara mereka yang terkesan dengan pandemik ini. Sebagai pemuzik, tidak banyak yang boleh dilakukan, namun dia terus positif dan berkarya bagi mengisi waktu-waktu yang terluang.

Sepanjang tahun lalu, Mike telah menghabiskan banyak masa dengan mencipta muzik baharu bersama-sama peminat secara langsung pada setiap pagi menerusi Twitch, dan dalam tempoh itu dia berjaya menghasilkan lagu-lagu yang disifatkan sebagai impian menjadi kenyataan oleh artis-artis yang menggunakan platform media sosial untuk mencipta nama. 

Happy Endings’ boleh didengari menerusi pelbagai platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music. Tonton video muzik ‘Happy Endingdi sini. - Getaran, 24 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 38 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 38 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...