web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sambutan luar jangka 'Konsert Endemik', Search umum lanjut tarikh 

Bakal menyuntik kelainan di dalam konsert itu, namun mereka tetap mengekalkan lagu-lagu hits dan klasik Search. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2022 4:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Band rock gergasi tempatan, Search akhirnya mengumumkan bahawa 'Konsert Search Endemik' bakal diadakan pada 4 dan 5 Jun di Zepp Kuala Lumpur.

Pengumuman tersebut diharap dapat melenyapkan tanda tanya mengenai tarikh konsert yang sebelum ini masih belum disahihkan pihak penganjur, LOL Asia sewaktu sidang medianya diadakan pada bulan ramadan lalu.

“Setelah berbincang dengan penganjur konsert, kami membuat keputusan untuk menambah satu lagi malam untuk memberi peluang kepada semua peminat-peminat Search bukan sahaja di Malaysia malah dari seluruh rantau Asia. 

“Pihak kami juga telah bertemu dengan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, yang menyokong penuh penganjuran konsert ini dan keputusan untuk mengadakannya selama dua malam. 

“Zepp KL mempunyai ciri-ciri sekuriti yang hebat namun untuk memastikan keselamatan penonton lebih terjaga, kami pasti inilah yang terbaik, walaupun negara kita sudah pun diisytiharkan sedang melalui fasa peralihan endemik,” jelas Suhaimi Abdul Rahman atau Amy selaku vokalis band muzik tersebut. 

Amy yang sebelum ini pernah mengumumkan untuk keluar dan bersara secara rasmi daripada Search telah kembali menyatu semula dengan anggota band Search asal yang lain iaitu Hillary Ang (gitaris) dan dan Nasir Daud (bass). 

Turut sama bergabung di dalam band muzik ini adalah Man Kidal (gitaris) dan Joy yang bakal menggalas tugas Allahyarham Yazit Ahmad sebagai pemain drum serta beraksi di 'Konsert Search Endemik' nanti. 

Menurut Amy lagi, menjadi artis tempatan pertama yang mengadakan konsert di Zepp Kuala Lumpur adalah suatu penghormatan buat mereka. 

“Zepp Kuala Lumpur adalah lokasi konsert terbaharu bertaraf antarabangsa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 

“Ia mempunyai segala fasiliti bagi penganjuran bertaraf antarabangsa. Ia juga kedap bunyi. Kita hanya perlu bawa kelengkapan band muzik sahaja. Yang lain semuanya telah tersedia. 

“Menjayakan konsert ini sangat penting kerana kami cuba untuk menghasilkan satu tanda aras baru dan melakukan sesuatu kelainan dan konsep baharu dalam showbiz dan industri muzik tanah air.

“Kami juga mahu mencipta suatu kenyataan bahawa jika kita ini membuat konsert, inilah cara yang perlu dilakukan. Kami harus jadi perintis untuk tampil dengan sebuah konsert di era baharu seperti ini,” kata Amy lagi.

'Konsert Search Endemik' ini bakal menyaksikan Search melancarkan dua single baharu mereka 'Endemik 1' dan 'Endemik 2'. 

“Dicipta seorang komposer muda dari Sabah, 'Endemik 1' adalah sebuah lagu yang dihasilkan dengan tempo yang pantas, manakala 'Endemik 2' pula lebih kepada genre balda dengan intro lagu selama dua minit. 

“Memang kami ada cadangan untuk bikin lagu sendiri. Semua itu memang ada di dalam perancangan. Tapi, kita gunakan dahulu lagu yang dihasilkan komposer muda dari Sabah ini. 

“Sebab, kebetulan lagu ini memang sudah ada dan ia juga mempunyai komposisi yang cukup bagus untuk Search bawakan. Namun, susunan muziknya memang kami lakukan dengan menambahkan nuansa bunyian Search itu sendiri,” tambah Amy. 

Bercerita lebih lanjut tentang 'Konsert Search Endemik', Amy berkata, walaupun mereka bakal menyutik kelainan di dalam konsert itu, namun mereka tetap mengekalkan lagu-lagu hits dan klasik mereka. 

“Search sudah berada di dalam industri selama 40 tahun lebih. Semua orang hidup dengan lagu-lagu nostalgia dan setiap orang punya perjalanan hidup mereka dengan Search. 

“Apa maknanya kalau Search tidak buat persembahan tetapi tidak membawakan lagu-lagu ini. Macam lagu encore (penutup), wajib bagi kami membawakan lagu 'Isabella' dan 'Pawana'. Kalau tidak ada kedua-dua lagu penutup, ia boleh menjadi huru-hara,” katanya sambil tertawa. 

Isu penyatuan semula Search dengan sebuah lagi band muzik Search sedia ada turut membuatkan mereka terpalit dengan kecaman daripada netizen. 

Menjawab persoalan ini, Amy berkata, dia sebolah-bolehnya cuba untuk menerimanya dengan berlapang dada. 

“Dalam hidup, kita akan sentiasa berdepan dengan pelbagai dugaan. Tetapi, jika kita mengambil dugaan itu dengan berbesar hati dengan redha, pasti akan ada rezeki di mana-mana. 

“Yang penting, kita harus percaya kepada Tuhan dan diri kita sendiri. Kita yang membuat keputusan diri dan hidup kita. Segala-galanya bermula dengan satu benda,” katanya.

Tentang kecaman daripada rakan-rakan artis seperjuangan pula, Amy berkata, jika mereka mahu bercakap, cakaplah. 

“Sebab saya bukan begitu. Saya juga tidak ambil peduli dengan kata-kata mereka. Ahli-ahli kumpulan tahu apa yang saya rasa sebagai ahli yang ke depan. 

“Macam yang saya katakana, saya akan letak perkata ini jauh-jauh. Saya sudah 64 tahun. Bukan 24 tahun. Saya hanya ambil benda-benda yang baik untuk saya terus mara ke depan,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2022


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Hina Islam: Amy Bakal Dihadap Ke Mahkamah Syariah Dalam Waktu Terdekat

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Hina Islam Di Kelab Komedi: Polis Tahan Seorang Lelaki

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Stand Up Comedian’ Negara Bantah Tindakan Wanita Hina Islam

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Amy Ditahan, Reman 3 Hari

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

Polong bukan sahaja berjaya menarik peminat filem seram ke pawagam, malah turut mencetuskan gelombang perbualan di media sosial.

oleh Rahayu MN