web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Luncur Lagu Baru, Peminat Harap Suki Low Masuk AJL

‘Nelangsa’ merupakan lagu ciptaan Farouk Roman diambil dari bahasa lama dari seberang yang membawakan maksud sedih dan sengsara.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 4:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas sedekad meninggalkan dunia seni suara, kini penyanyi Suki Low membuat kemunculan semula dengan lagu balada terbaharunya bertajuk 'Nelangsa'.

'Nelangsa' yang merupakan lagu ciptaan Farouk Roman merupakan bahasa lama dari seberang yang membawakan maksud sedih dan sengsara. 

Penulis liriknya, Senna sengaja memilih nama tersebut kerana ia unik dan sedap didengar. Malahan, lirik dan mesej yang cuba disampaikan sesuai dengan konsep keseluruhan lagu yang dihasilkan.

Bukan itu sahaja, lagu ini juga merupakan runut bunyi kepada sebuah filem baharu The Assistant lakonan Hairul Azreen dan Iedil Dzuhri yang bakal ditayangkan pada bulan Mei akan datang. 

“Saya sangat bersyukur apabila diberikan peluang untuk menyanyikan lagu ini dan ia merupakan lagu single pertama yang saya rakamkan untuk sebuah filem.

“Ketika diberikan lagu dan liriknya, saya terus menyukainya. Bahkan perkataan 'Nelangsa' yang digunakan itu pun membuatkan saya jatuh cinta dengan keseluruhan lagu ini yang sangat bersesuaian dengan filemnya,” kata Suki yang juga merupakan juara program realiti terbitan 8TV iaitu One In A Million musim pertama.

Tambahnya lagi, ‘Nelangsa’ merupakan sebuah lagu yang mencabar kerana ia dianggap berat kerana bermain dengan emosi dan harus memberikan penghayatan penuh. 

Dari segi vokal, Suki menggunakan pendekatan yang berbeza berbanding dengan lagu-lagu yang pernah dirakamkan sebelum ini. 

“Saya berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan penerbit dan juga komposer berpengalaman seperti Farouk Roman.

“Menariknya, kami mempunyai visi yang sama untuk mempersembahkan lagu ini. Saya sangat teruja untuk kongsikan lagu ini dengan peminat yang selalu memberi sokongan kepada saya dan berharap mereka akan turut menyukai lagu 'Nelangsa' ini,” tambahnya lagi.

Suki turut memuat naik poster rasmi lagu berkenaan di media sosial miliknya dan rata-ratanya teruja dengan lagu terbaharunya itu. Ada juga yang berharap peserta akhir program Gegar Vaganza musim kelapan itu akan mara ke pentas Anugerah Juara Lagu.

“Suara dan muzik yang menakjubkan,”tulis pengarah Adrian Teh.

“Tahniah untuk lagu terbaharu awak Suki!” kata komen yang lain.

“Dah dengar lagu ini. Sangat sedap. Semoga masuk AJL,” celah seorang peminat.

Single ‘Nelangsa’ nyanyian Suki Low, edaran Alternate Records kini boleh di didengari di semua saluran digital dan YouTube Alternate Records bermula hari ini. - Getaran, 15 April 2022

Gambar: Alternate Records & Talents

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Penyanyi Dan Pelakon Terkenal Malaysia Pinjamkan Suara Dalam 'Pinocchio' Versi Bahasa Melayu Di Disney+

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN