web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penyanyi Dan Pelakon Terkenal Malaysia Pinjamkan Suara Dalam 'Pinocchio' Versi Bahasa Melayu Di Disney+

'Pinocchio' versi Bahasa Melayu diketuai pengarah vokal Eka Shereen dan penyanyi-penulis lagu, Juwita Suwito.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 4:00PM

Kisah klasik zaman kanak-kanak klasik tentang boneka kayu yang berusaha keras untuk menjadi budak lelaki sebenar dihidupkan semula menggunakan CGI serba baharu - Gambar ihsan Disney+

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tayangan perdana Disney+ Hotstar Day, Disney Original kembali dengan pembikinan semula salah satu kisah yang paling digemari sepanjang zaman, Pinocchio. 

Kisah klasik zaman kanak-kanak klasik tentang boneka kayu yang berusaha keras untuk menjadi budak lelaki sebenar dihidupkan semula menggunakan CGI serba baharu dengan penceritaan semula pemenang Anugerah Academy, Robert Zemeckis. 

Dalam adaptasi muzikal secara langsung Pinocchio ini, Tom Hanks telah membawakan watak sebagai Geppetto, pengukir kayu yang telah mereka sebuah boneka kayu dan memperlakukannya seperti anaknya. 

Dalam adaptasi muzikal secara langsung Pinocchio ini, Tom Hanks telah membawakan watak sebagai Geppetto
Dalam adaptasi muzikal secara langsung Pinocchio ini, Tom Hanks telah membawakan watak sebagai Geppetto

Pelakon Joseph Gordon-Levitt pula menjayakan watak Jiminy Cricket, yang berkhidmat sebagai panduan Pinocchio serta menjadi ‘hati nuraninya’, manakala Luke Evans adalah The Coachman dan Keegan-Michael Key adalah ‘Honest’ John.

Turut menyertai senarai bintang ini ialah bakat-bakat Malaysia yang meminjamkan suara-suara mereka dalam watak-watak Pinocchio versi Bahasa Melayu yang diketuai oleh pengarah vokal Eka Shereen dan penyanyi-penulis lagu, Juwita Suwito. 

Tidak asing lagi dalam industri, pelakon prolifik Azman Hassan telah meminjamkan suara untuk watak Geppetto. 

Azman Hassan
Azman Hassan

Berbekalkan lebih 30 tahun pengalaman berlakon dan menyanyi dalam lebih 50 judul siri dan filem, Azman menjadi pilihan tepat untuk untuk meminjamkan suaranya bagi watak pengukir kayu yang berhati baik. 

Bagi watak Pinocchio pula, ia menggunakan suara pelakon muda yang sedang meningkat naik iaitu Khaireel Akasya.

Khaireel Akasya
Khaireel Akasya

Biarpun masih muda, namun Khaireel mempunyai pengalaman pengalaman menyanyi dan berlakon yang luas serta pernah menyertai pelbagai pertandingan termasuk Genius Seni Koir RTM.

Penyanyi Sabah, Liana Jacklon akan mempamerkan kehebatannya membawakan lagu-lagu Blue Fairy. 

Liana Jacklon
Liana Jacklon

Liana adalah penyanyi yang berjaya dan pernah membuat persembahan di beberapa tempat-tempat utama di seluruh dunia, termasuk Akademi Muzik Baku di Azerbaijan, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Musikverein di Vienna iaitu salah satu rumah opera yang paling terkenal di dunia.

Penyanyi terkenal Suki Low yang pernah muncul sebagai juara One In A Million 8TV akan meminjamkan suara untuk watak Fabiana dan juga Sabina. Suki sebelum ini pernah memberikan suara latarnya untuk versi animasi 'Snow White' dalam Bahasa Melayu. 

Suki Low
Suki Low

Bakat lain yang turut meminjamkan suara mereka termasuk Muhamad Mustaqim sebagai Jiminy Cricket, Hazwan Idris (Despicable Me 3 dan Klaus) sebagai ‘Honest’ John, Wan Muhammad Tamlikha sebagai The Coachman dan Nur Atiqah Zawani (Detektif Conan dan Tangled) sebagai suara latar untuk Blue Fairy.

Bagi mereka yang tidak sabar-sabar untuk menonton Disney Original dalam bahasa tempatan, Pinocchio kini boleh didapati secara eksklusif di Disney+ Hotstar. – Getaran, 13 September 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penguasaan Bahasa Melayu Kekal Syarat Asas Permohonan Taraf Kewarganegaraan - KDN

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem : ‘The Little Mermaid’ Tetap Menghiburkan Biarpun Watak Utama Berlainan Daripada Versi Animasi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Warga Malaysia Ajar Fardu Ain, Bahasa Melayu Percuma Kepada Kanak-Kanak Thailand

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN