Berita Terkini

34 minit yang lalu: Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah JSJ yang baharu berkuat kuasa 16 April ini - Setiausaha PDRM 2 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 2 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 2 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 2 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT

IKUTI KAMI


Sepetang Bersama Ashnikko, Ratu TikTok

Kami sempat meluangkan masa bersama Ratu TikTok, Ashnikko untuk mengenali beliau dan karyanya yang unik.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 5:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sesiapa yang tahu lagu berjudul ‘Daisy’ dan ‘Stupid’ semestinya tahu siapa Ashnikko. Dia seorang rapper, penyanyi pop dan penulis lagu dari Amerika Syarikat yang telah melonjak popular di tengah-tengah pandemik ini. 

Lagu hitnya, 'Daisy' telah mencetuskan cabaran tarian di laman sosial Tiktok. Ini menjadi salah satu faktor lagunya menjadi viral di aplikasi tersebut.

“Nama Ashnikko adalah gabungan nama saya iaitu Ashton Nicole. Semasa saya kecil, datuk saya sering memanggil saya ‘Ashnik’ dan ia menjadi nama panggilan saya sampai ke hari ini,” katanya. 

Keupayaan Ashnikko menggabungkan genre seperti hip hop, rap dan pop elektronik telah mewujudkan sebuah nada futuristik yang unik dan inovatif yang padan dengannya. 

Tambahan pula, dia tidak pernah malu untuk meluahkan kreativitinya melalui visual dalam setiap muzik video.  

Ashnikko akan berubah menjadi wanita berambut biru dalam setiap penampilannya sebagai seorang artis. Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai kartun animasi dengan ciri-ciri yang sama. 

“Semua inspirasi gaya saya adalah daripada watak-watak fiksyen seperti superheroes, watak kartun anime Jepun dan juga buku komik.” 

“Setiap persediaan termasuk penggayaan pemakaian, solekan, kuku dan rambut mengambil masa dalam lima hingga tujuh jam bergantung pada setiap acara,” katanya. 

Kami sempat menemu ramah penyanyi ini secara eksklusif lewat panggilan video kelolaan syarikat rakaman Warner Music. 

Dalam wawancara ini Ashnikko telah berkongsi tentang album terbaharunya yang berjudul Demidevil dan beberapa perkara lain. 

Berikut adalah fakta yang perlu anda tahu tentang Ashnikko:

Adakah lagu-lagu dalam album Demidevil diinspirasikan oleh kisah hidup Ashnikko?

Kebanyakan lagu-lagu saya menceritakan kisah dan pengalaman yang telah terjadi dalam kehidupan saya. Ia menyuarakan perasaan saya tentang sesuatu atau seseorang seperti lagu 'Deal With It'.

Saya  berasa bahawa cara ini lebih baik daripada berhadapan dengan mana-mana pihak kerana, saya dapat berkongsi tentang perasaan yang terbuku di dalam hati dan menyalurkan emosi saya dengan sepenuhnya. 

Tetapi, ada sesetengah daripada lagu saya yang fiksyen seperti lagu ‘Daisy’ dan tidak menceritakan pengalaman peribadi. Kadangkala, lagu saya mencerminkan pelbagai versi diri saya sendiri.

Apakah yang mendorong Ashnikko untuk terjun dalam bidang muzik?

Sejak kecil lagi, saya suka mendengar lagu-lagu yang dibawakan oleh pemuzik-pemuzik wanita. Ini telah memberi inspirasi kepada saya untuk mula menulis lirik sekitar usia 15 tahun dan memupuk minat dalam industri ini. 

Walaupun ketika itu saya tidak tahu bermain alat muzik, ia tidak menjadi penghalang bagi saya. 

Sebelum menceburi bidang ini, saya selalu terlibat dalam teater muzikal, puisi dan penulisan kreatif. Ini telah banyak membantu dalam penulisan dan penghasilan lagu saya. 

Kemudian saya menyedari potensi saya dan mengambil keputusan untuk melakukannya dengan serius.

Adakah Ashnikko terlibat secara langsung dalam arahan seni  video muzik?

Jika saya mempunyai masa yang secukupnya dalam sehari, saya akan melakukannya tetapi malangnya saya tidak ada. 

Walau bagaimanapun, saya sentiasa terlibat dalam penataan gaya busana dan solekan bagi setiap penggambaran. 

Kalau diberikan peluang (dan tiada halangan) Ashnikko mahu mengadakan konsert di mana? 

Saya ingin menjadi artis pertama yang mengadakan konsert di bulan atau di stesen angkasa. Setakat ini, saya belum pernah lagi mendengar artis lain memberi contoh ini. 

Kedua, saya ingin mengadakan konsert di sebalik air terjun di dalam hutan yang terpencil seperti dalam kartun animasi. 

Album terbaru Ashnikko berjudul Demidevil boleh didengar di pelbagai laman penstriman digital seperti Spotify dan iTunes. – Getaran, 17 Mac 2021

Semua gambar: Warner Music Malaysia

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

‘Mierul Aiman Kelakar’ - Qasrina Karim Jawab Kemesraannya Dengan Aktor Itu Di Set Penggambaran

oleh Wafa Aula

Muzik 5 jam yang lalu

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri, Tetapi Memilih Untuk Pendam Perasaan, Luahan Adrianna Terhadap 'Sayang'

Dulu banyak ‘cover’ lagu orang, kini pempengaruh TikTok, Adrianna sudah mula menulis lagu sendiri yang dihasilkan tidak sampai 4 Jam!

oleh Wafa Aula

Selebriti 1 hari yang lalu

“Asalkan Dia Gembira,” Gigi Hadid Tiada Masalah Hubungan Cinta Zayn Malik Dan Selena Gomez

Menurut sumber terdekat Gigi Hadid, model itu sangat memberi galakan untuk Zayn bertemu cinta yang baharu asalkan bekas kumpulan One Direction itu gembira serta...

oleh Wafa Aula

Muzik 1 hari yang lalu

Karya Habsah Hassan Diangkat Dalam Drama Audio ‘Malam Pengantin’ 

oleh Rubini Nagarajah