web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Gila' Dinobatkan Juara Anugerah Juara Lagu ke-35

'Gila' dendangan Kaka Azraff, Noki dan Loca B memenangi Anugerah Juara Lagu ke-35.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 12:56AM

Gambar ihsan Warner Music Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti yang diramal dan diinginkan oleh sebahagian besar pengikut muzik Malaysia, lagu ‘Gila’ ciptaan Ezra Kong bersama Noki dan Loca B dinobatkan sebagai ‘Juara Lagu’ di acara anugerah muzik paling berprestij Malaysia, iaitu Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35). Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai bernilai RM50,000.

“Saya benar-benar tidak sangka dan tidak menjangka akan kemenangan lagu ini. Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Warner Music Malaysia untuk bekerjasama dengan orang yang berbakat seperti Kaka Azraff, Noki dan juga Loca B. Dan sebenarnya saya juga berterima kasih kepada Hael Husaini yang banyak mengajar saya tentang cara orang Melayu mendengar muzik. Itu sedikit sebanyak membantu saya untuk menghasilkan melodi lagu tersebut,” jelas Ezra Kong selaku pencipta lagu.

Biarpun baru kehilangan nenda tersayangnya, penyanyi utama lagu itu, Kaka Azraff sendiri mengakui yang beliau dapat merasakan sesuatu yang berbeza pada lagu yang dianggap ‘berhantu’ ini dan berjaya memberikan persembahan terbaiknya sambal menjiwai intipati lagu tersebut.

Lagu yang dinyanyikan oleh Kaka Azraff bersama Noki dan Loca B itu mendahului lagu ‘Semalam’ dendangan dan ciptaan sepenuhnya oleh Aina Abdul di tempat kedua yang membawa pulang trofi berserta hadiah wang tunai bernilai RM35,000 manakala lagu ‘Belenggu Rindu’ nyanyian Dato Jamal Abdillah bersama Wany Hasrita yang juga ciptaan Ezra Kong bersama Hael Husaini di tempat ketiga membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.

Anugerah Vokal Terbaik pula dimenangi oleh Ernie Zakri lewat lagu ‘Gundah’ manakala Anugerah Persembahan Terbaik dirangkul oleh Zizi Kirana melalui lagu ‘Eh’. Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM12,000 selain baucar McDonald’s selama setahun buat pemenang persembahan terbaik.

Malam yang dinanti-nantikan oleh komuniti muzik Malaysia itu telah diadakan secara langsung di auditorium MBSA Shah Alam selepas penangguhan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan pada bulan Januari lalu. Buat pertama kali, AJL telah dilaksanakan di bawah pengelolaan norma baharu bersesuaian dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. - Getaran, 15 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...