web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘I’ll Never Not Love You’ Sambungan Lagu ‘Haven’t Met You Yet’ - Michael Buble

Berjanji untuk membahagiakan isteri tercinta buat selamanya, Michael Buble hadiahkan lagu ‘I’ll Never Not Love you’.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 8:57AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah sekian lama menyepi, Michael Buble kini tampil dengan album terbaharu berjudul Higher dan ia tidak mengecewakan sama sekali. Sebagai pembuka tirai album ini, Michael mempertaruhkan single, ‘I'll Never Not Love You’ yang mampu mengubati rasa rindu para pendengar. 

“Kali ini, saya lebih terbuka untuk mencuba benda baharu. Saya berpeluang bekerjasama dengan beberapa penggiat seni terkemuka abad ini. Saya selalu kagum melihat daya kreativiti dan tahap imaginasi mereka. 

“Tiap kali kami menghasilkan sesuatu, ia seperti satu momen yang sangat magis buat saya malah membuatkan saya menghargai perjalanan saya dalam industri ini. Saya tidak pernah rasa teruja seperti ini selepas menyiapkan sebuah album,” katanya lewat sidang media yang diadakan secara dalam talian baru-baru ini.

Bernada ceria, lagu balada cinta ini mampu mengundang senyuman sesiapa yang menghayati liriknya. Lebih istimewa, single ini merupakan sambungan kepada lagu ‘Haven’t Met You Yet’ dari album Crazy Love yang diterbitkan pada 2009.

“Saya tahu ramai tertanya-tanya kenapa saya masih menghasilkan lagu-lagu bertemakan cinta. Sejujurnya, tema ini malar segar dan senang untuk dibawakan, lebih-lebih lagi saya seorang yang sangat romantik. Selain itu, ia juga satu cara buat saya berhubung dengan peminat.

“Ya saya mengaku, mencintai seseorang bukanlah satu hal yang ‘mudah’ malah amat menakutkan. Bila kita mula mempunyai perasaan terhadap seseorang secara tidak langsung kita akan fikir tentang masa depan dengannya. Betul ke tidak dia itu jodoh kita dan banyak perkara lain. 

“Saya percaya, kalau seseorang itu jodoh kita, semua urusan akan berjalan dengan mudah dan lancar. Menerusi single ini pula, ia lebih kepada janji untuk selalu menyayanginya sehingga ke akhir hayat,” jelasnya.

Walaupun lagu ini dan lagu ‘Haven't Met You Yet’ mempunyai jarak yang besar, Michael berkata “Saya tidak berniat untuk menundanya selama ini. Saya tidak mahu menghasilkan sesuatu karya secara terburu-buru dan tunggu untuk masa yang tepat.

“Sejujurnya, pandemik ini telah banyak mengganggu saya untuk terus berkarya. Saya terlalu sibuk mengurus keluarga sampai saya tidak mempunyai motivasi dan momentum untuk menulis apa-apa lagu.
"Sekarang, saya rasa lebih lega dan tenang untuk kembali ke dunia muzik,” tambahnya.

Album Michael Buble berjudul ‘Higher’ bakal menampilkan 13 lagu termasuk beberapa lagu saduran Paul McCartney. Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Michael Buble, jangan lupa untuk menjenguk profil rasminya di Instagram. - Getaran, 23 Februari 2022

Gambar: Warner Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

4

TARA 3 tahun yang lalu

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah Dalam Belagu II

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN