web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Ojos Rojos’ Taruhan Terbaharu Nicky Jam

Nicky ingin menjadi hero kepada wanita idamannya yang terperangkap dalam hubungan toksik.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 2:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Amerika Syarikat, Nicky Jam mempertaruhkan single terbaharunya berjudul ‘Ojos Rojos’ yang membawa maksud mata merah. Mesti ramai tertanya-tanya kenapa lagu tersebut dinamakan dengan judul tersebut, bukan?

Dalam lagu ini, Nicky dilihat menghiburkan seorang gadis yang sedang berada dalam hubungan yang toksik dan sering menangis. Dek kerana kerap menangis, mata gadis itu selalu bengkak dan berwarna merah. Nicky ingin menjadi hero kepada wanita idamannya itu dan membawanya keluar daripada hubungan negatif itu. 

Dalam video muzik itu juga, Nicky berada di sebuah rumah agam dan sedang menyanyi kepada wanita yang dicintainya. Dia sedang menyakinkan gadis itu supaya meninggalkan kekasihnya.

Untuk pengetahuan semua, projek muzik terbaharu ini diterbitkan syarikat rakaman Sony Music Latin dan La Industria Inc. Menggunakan khidmat dua penerbit ternama, The Panda Bear Show dan Willy Rodriguez, video muzik lagu ini dirakam sepenuhnya di Madrid, Sepanyol tahun lalu dalam kemelut pandemik COVID-19.

“Penggambaran ini adalah seperti sebuah karya seni. Peminat juga akan melihat adegan artistik yang berbeza dan tidak pernah ada dalam karya-karyanya sebelum ini’, kata Willy Rodriguez yang juga merupakan pengarah video muzik ‘Ojos Rojos’.

Lebih menarik, ada tayangan perdana video muzik ‘Ojos Rojos’ di MTV Live, MTVU, MTV Latin America dan di papan iklan ViacomCBS Times Square di New York City.

Projek baharu ini dihasilkan selepas pelancaran video muzik penyanyi itu yang berjudul,  'Celosa', dikeluarkan pada Oktober tahun lalu dan kini meraih lebih 1.6 juta tontonan di YouTube.

Bukan itu sahaja, pada Ogos lalu, Nicky juga sempat mengeluarkan video muzik single, ‘Magnum’, kolaborasinya bersama penyanyi Jhay Cortez yang turut mendapat lebih lapan juta tontonan di YouTube.

Perkembangan terkini, Nicky Jam telah melancarkan album Infinity yang menampilkan banyak lagu hits termasuk ‘Fan de Tus Fotos’ bersama Romeo Santos. Lagu itu dihasilkan oleh Sky Rompiendo dan merupakan kolabrosi kedua bersama Romeo.

Selain itu, Nicky bakal memulakan konsert jelajah Infinity ke 13 bandar di Amerika Syarikat. 

“Saya tidak pernah suka meletakkan sebarang jangkaan ketika menjayakan konsert. Saya hanya mahu mahu berseronok melakukan apa yang saya suka.

“Bagi saya, apa yang paling penting adalah untuk membuat penonton konsert menikmati lagu-lagu saya sambil berdansa mengikut irama. Saya rasa dengan itu, peminat akan berasa lebih gembira dan mengingati banyak lagu saya.

“Saya berharap mereka menggemari album ini yang disuntik sedikit elemen baharu, lebih segar dan terkini,” katanya. 

Single terbaharu Nicky Jam berjudul ‘Ojos Rojos’ boleh didengar di semua pelantar penstriman seperti Spotify dan Apple Music. - Getaran, 16 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN