web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu-Lagu Serantau Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 3:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Tujuan' – Estranged 

Sudah lama juga tidak mendengar khabar daripada kumpulan ini yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu satu masa dahulu. Kembalinya mereka dengan single berjudul ‘Tujuan’ ini mengingatkan kita kenapa Estranged pernah meninggalkan impak yang besar dalam industri muzik arus perdana.

Vokal unik penyanyi utamanya Richael Gimbang (Rich) adalah perkara pertama yang semua pendengar akan ingat dan ambil perhatian. Ditambah pula dengan gubahan lagu bersama oleh Estranged serta lirik oleh Rich sendiri menjadikan lagu ini sebuah balada rock yang enak didengar.

Identiti kumpulan ini masih kuat pada melodi yang dipaparkan dan pesanan lagu ini yang menceritakan tentang tujuan kita untuk berbuat baik di dunia yang sedang bergelut dengan wabak COVID-19 ini sedikit sebanyak mampu meninggalkan kesan kepada para pendengar, khasnya peminat tegar kumpulan berbakat ini.

'Biar Aku Simpan' – Bimasakti featuring Oktovia Manrose

Kumpulan Bimasakti merupakan sebuah kumpulan yang membawa genre balada rock dan pernah menghasilkan single duet bersama Haneesya Hanee yang berjudul 'Mengejar Mimpi' pada tahun 2019. Kali ini mereka memilih untuk bergandingan bersama pelakon Oktovia Manrose, anak kepada penyanyi Iwan yang popular pada tahun 90-an dahulu. Tidak menghairankan Oktovia mempunyai suara serak-serak basah yang merdu berkat bakat yang diwarisi ayahnya. Dicipta oleh Jim Bimasakti dengan lirik nukilan Harris Yusoff, lagu ini memenuhi acuan lagu-lagu balada yang sering dijadikan runut bunyi drama bersiri. Melodinya mudah dan tidak keterlaluan. Ia turut mengadaptasikan kisah hubungan yang terpisah atas takdir yang tertulis. Ini menjadikannya lagu yang dapat diselami dengan mudah dan kemungkinan besar bakal digemari oleh peminat balada rock Melayu yang sukakan lagu asas bertema cinta. 

'MASA' – Baal, Amzeeq, Yonnyboii dan Izhar

Sekiranya ada nama Yonnyboii di dalam sesebuah lagu, kita seolah-olah sudah boleh meneka kualiti lagu tersebut. Dan sekali lagi seperti yang dijangka, lagu yang menampilkan Baal, Amzeeq, Yonnyboii dan Izhar ini menepati dugaan kami. Dengan muzik serta lirik yang segar, 'MASA' adalah sebuah lagi karya hip hop yang mempunyai ramuan tepat untuk sesebuah lagu. Selain irama yang menghiburkan dan kontemporari, ia diserikan dengan bait-bait lirik gah dengan pesanan yang jitu. Seperti karya-karya Yonnyboii sebelum ini 'MASA' ada kekuatan tersendiri dan nampaknya boleh menjadi lagu hip hop yang akan mendapat putaran radio yang baik. 

'The Selawat' – Awan

Satu percubaan yang berani daripada seorang nakhoda kapal kelahiran Malaysia, Juhazwan Junaidi atau lebih dikenali sebagai Awan yang membuat kemunculan dalam industri muzik tempatan dengan single pertamanya berjudul 'The Selawat.' Berkonsepkan lagu rohani keislaman, lagu yang memuji Baginda Rasulullah SAW. ini telah digubah, dan diterbitkan oleh Awan sendiri. Malah dia juga yang mengarahkan video muzik rasmi lagu ini menerusi syarikat produksi miliknya sendiri, HeyYa Media. Irama lagu ini mirip dengan beberapa lagu kumpulan nasyid moden yang mungkin pernah anda dengar di media massa, namun ia menepati mesej yang ingin disampaikan. Awan berharap semoga 'The Selawat' dapat mengingatkan para pendengar tentang segala ajaran serta amalan sunnah Nabi (SAW) yang patut diteladani.

'Kiara Syafira' – Musikawan

Ini merupakan karya Indonesia pertama yang kami ulas di Getaran dan ternyata ia tidak mengecewakan sama sekali. Seperti produk muzik Indonesia lain, ada sesuatu yang berbeza pada single ini. Lagu ini dibuka dengan alunan muzik perlahan dan diikuti dengan nyanyian merdu vokalisnya yang hebat. Apa yang menarik tentang lagu ini juga adalah bagaimana para pemuziknya tidak perlu mencuba berlebihan untuk menghasilkan karya indah namun mengalir dengan bersahaja. Iramanya membuat pendengar terbuai sambil melayan perasaan dan mampu memberi ketenangan kepada yang memasang telinga. Menurut kumpulan yang berasal dari Surabaya ini lirik lagunya membicarakan kesepakatan tanpa kata setuju.  “Musikawan memberikan rencah baharu pada muziknya, biarpun sedikit samar namun lebih transparan supaya sampai ke benak pendengar setianya,” kata mereka. Yang pasti kami yakin pencinta muzik Malaysia pasti akan menyukai lagu ini. - Getaran, 10 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN