web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KRU Music Tampilkan Artis Hip Hop Dalam 'Rise Up!' 

'Rise Up!' yang dipersembahkan DJ Fateh dan Roman VIP bersama Tyco sebagai artis undangan adalah lagu membangkitkan semangat perpaduan. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 11:00AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kebelakangan ini, muzik hip hop semakin menguasai industri dengan kemunculan ramai penyanyi dan rapper hip hop muda dan baharu. 

KRU Music tidak terkecuali memperkenalkan artis-artis hip hop di bawah naungan syarikat mereka iaitu DJ Fateh, bakat baharu berasal dari Turki yang fasih berbahasa Malaysia dan Roman VIP, anak muda kelahiran Melaka. 

Kedua-duanya digabungkan untuk menjayakan lagu 'Rise Up!' yang membangkitkan semangat perpaduan buat rakyat Malaysia. 

Lagu ini merupakan karya ciptaan Syed Hazriq atau nama pentasnya Si8 manakala lirik dihasilkan Roman VIP sendiri. 

SI8 pula adalah anak saudara kepada tiga beradik KRU dan merupakan komposer paling muda pernah bernaung di bawah label KRU Music. 

Lebih menarik, Tyco yang terdiri daripada KRU sendiri dalam versi animasi turut membuat kemunculan di dalam lagu 'Rise Up!' menerusi 20 baris kata-kata.  Sebelum ini, Tyco  pernah tampil dalam lagu 'Salawat 1442' bersama Duke dan Tuju K Clique.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim berkata, 'Rise Up!' adalah sebuah karya yang bukan sahaja istimewa dari sudut komersial tapi ia  juga menanamkan semangat perpaduan dan kecekalan minda kita menghadapi cabaran. 

“Walaupun dari sudut konsepnya, lagu ini ilham saya tetapi saya berpuas hati dengan dengan hasil lagu ini. 

“Bagi saya, komposer dan artis-artis hip hop generasi baharu di bawah KRU ini berjaya menghasilkan karya yang segar dengan keunikan tersendiri,” katanya. 

'Rise Up!'  turut mendapat sentuhan emas Edry Abdul Halim dengan susunan lagu serta adunan muzik mantap yang dihasilkan di studionya di Manchester, England.

Bagi pembikinanan video muziknya pula, ia diarahkan Syahmi Arif menggunakan teknik kesan khas visual (CGI) bagi meramaikan pelakon di depan kamera walaupun ketika penggambaran dibuat secara individu, satu persatu demi menjaga kepatuhan peraturan SOP.

Penggambaran muzik video ini turut melibatkan kakitangan KRU sendiri sebagai simbol inisiatif kumpulan syarikat KRU membantu golongan belia dalam bidang keusahawanan digital berteraskan kemahiran penerbitan kandungan kreatif.

'Rise Up!' telah pun diluncurkan secara rasmi di semua pelantar muzik digital pada 22 November lalu. - Getaran, 23 Disember 2021


Gambar: KRU Music
 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN