web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


15 Penyanyi Senior Dan Baharu Jayakan Lagu 'Jalan'

'Jalan' boleh dimuat turun sebagai nada dering dan sebahagian kutipan akan disumbangkan kepada dana kecemasan RIM bagi membantu pemuzik tempatan yang terkesan dengan COVID-19.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 6:40PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat negara masih berdepan cabaran besar berikutan pandemik COVID-19, lagu 'Jalan' telah dihasilkan sebagai satu usaha untuk menyuntik semangat perpaduan serta memberikan sinar harapan buat rakyat Malaysia. 

Lagu Joox Original yang merupakan sebahagian daripada kempen JOOX #SUPPORTLOCAL menyaksikan kolaborasi 15 artis ternama dan baharu tanah air. Mereka terdiri daripada Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Sufian Suhaimi, Aziz Harun, Luqman Faiz, Danial Chuer dan Fieya Julia. 

Barisan penyanyi generasi baharu pula Firdaus Rahmat, Daniesh Suffian, Aniq Iffat, Aisha Retno, Ajoi Zainal, Khodi, Haikal Farid, ERIN CTJ serta penampilan istimewa watak animasi kanak-kanak kesukaan ramai, Didi & Friends.

'Jalan' yang boleh distrim secara eksklusif di JOOX ini boleh dimuat turun sebagai nada dering dan hasil kutipannya akan disumbangkan kepada dana kecemasan diuruskan RIM untuk membantu pemuzik tempatan yang dalam kesusahan. 

Faizal Tahir yang turut bertindak sebagai komposer lagu ini berkata, dia sudah beberapa kali bekerjasama dengan JOOX sebelum ini, namun  projek lagu 'Jalan' dianggap berbeza dan unik kerana ia memberi satu mesej serta impak positif kepada rakyat Malaysia.

“Ini antara sebab mengapa saya bersetuju terlibat dalam pembabitan lagu ini. Pada saya ini satu usaha dan idea yang sangat baik daripada JOOX kerana ia turut menggabungkan artis senior dan baharu. 

“Sekali gus dapat mencapai sasaran khalayak yang lebih besar dan meraih pendengar yang lebih ramai dari pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat. 

“Selain itu ia dapat memberi satu mesej positif melalui kerjasama artis dari generasi berlainan yang menunjukkan kita semua bersatu hati dalam menyampaikan sesuatu yang baik,” katanya.

Faizal berkata, apa yang pihak JOOX mahukan dari saat projek ini bermula sangat jelas sekali. 

“Matlamat utama lagu ini dihasilkan adalah untuk memberi semangat dan mesej yang positif kepada setiap individu. 

“Aziz Harun turut serta dalam penghasilan lagu dan ini banyak membantu untuk memberikan  sentuhan serta perspektif daripada generasi baru. 

“Cabaran utamanya adalah untuk mendapatkan semua artis yang terlibat agar dapat hadir ke studio untuk menjayakan sesi rakaman pada saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi dilaksanakan. 

"Walaupun begitu, semua artis memberikan komitmen dan vokal yang cukup baik untuk menghidupkan lagu 'Jalan',” katanya.

Bagi penyanyi yang pernah menjulang tiga kali berturut-turut trofi Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL), Dayang Nurfaizah berkata, projek ini adalah satu inisiatif yang bagus daripada pihak JOOX untuk industri muzik tanah air.

“Tidak kira artis lama atau baharu, kita bergabung untuk mencapai satu matlamat.

“Keunikan lagu ini terletak pada liriknya. Ia mempunyai mesej yang cukup bermakna serta mudah difahami  generasi sekarang. Melodi lagu ini juga catchy dan mudah dinyanyikan terutama  bahagian korus,” katanya. 

Sementara itu, penyanyi asal Brunei, Aziz Harun menyifatkan penghasilan lagu ini sangat sesuai dan relevan untuk semua orang yang sedang melalui fasa pandemik pandemik ketika ini. 

“Projek lagu ini sangat bermakna dan sangat bermanfaat sekali kerana ia dapat membantu artis yang mengalami kesukaran akibat COVID-19 ini. Saya harap inisiatif ini akan berterusan,” katanya. 

Kata Aziz lagi, banyak karakter vokal yang dibawakan setiap artis yang terlibat dengan lagu ini. 

“Saya akui amat teruja terlibat dengan projek seperti ini, apatah lagi ini julung kalinya saya merakamkan lagu yang membabitkan ramai artis senior. 

“Banyak perkara dapat saya pelajari. Paling menarik, saya boleh beritahu orang yang saya sudah ada lagu dengan Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah,” katanya lagi. 

Sementara itu, Ketua JOOX Malaysia, Angie Tan berkata, penggiat muzik di Malaysia sentiasa menyumbang dan memainkan peranan penting dalam membentuk budaya tempatan.

“Saya berharap 'Jalan' dapat memberikan inspirasi dan menaikkan semangat rakyat Malaysia. Saya juga sudah tidak sabar untuk memperdengarkan lagu ini kepada pencinta muzik tempatan.

"Apatah lagi, ia menyaksikan kolaborasi penyanyi terkenal, wajah baru dalam industri dan watak kartun kegemaran ramai," katanya. - Getaran, 22 Disember 2021

Gambar: Joox Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertubuhan Gesa Baiki Infrastruktur Daif Di Pedalaman Sarawak

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN