web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertubuhan Gesa Baiki Infrastruktur Daif Di Pedalaman Sarawak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2024 9:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING – Pertubuhan Hak Asasi Orang Asal Sarawak (SCRIPS) menggesa kerajaan negeri segera membaiki dan menaik taraf kemudahan yang daif di kawasan luar bandar, khususnya jambatan dan jalan raya, demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Penyelaras SCRIPS utara Sarawak, Michael Ding berkata beberapa jambatan sudah terlalu uzur namun tiada sebarang usaha dari mana-mana agensi di negeri itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

"Jambatan kayu yang menghubungkan daerah Baram penempatan Long San sudah reput, tidak selamat untuk dilalui kenderaan tetapi tiada siapa pun yang datang dan lihat sendiri keadaan di sini.

"Kita selalu dengar ahli politik dakwa mereka menyedari tentang masalah rakyat dan memperuntukkan dana. Rakyat mahu mereka bertindak, bukan beri janji-janji kosong. Mereka perlu tetapkan tempoh untuk kerja-kerja pembaikan," katanya.

Anak jati Baram, yang terletak pedalaman utara Sarawak, juga menegaskan isu-isu membabitkan keselamatan penduduk perlu ditangani segera.

Awal bulan ini, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah berkata kerajaan negeri menyedari rungutan dan aduan berkenaan jalan rosak dan jambatan uzur, seperti yang banyak didedahkan di media sosial.

"Mereka suarakan aduan di platform media sosial. Kerajaan negeri telah memperuntukkan dana untuk kerja-kerja membaiki tetapi jumlah itu tidak cukup.

"Contohnya, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk baiki jambatan Sungai Tutoh yang runtuh, tetapi kerja-kerja pembaikan belum selesai kerana kita tak cukup dana," katanya selepas mesyuarat bersama wakil-wakil rakyat GPS dari semua kawasan di bahagian Miri iaitu Bekenu, Lambir, Marudi, Telang Usan, Pujut, Piasau serta Parlimen Baram.

Uggah juga berkata kerajaan negeri maklum bahawa sesetengah kawasan luar bandar masih belum mendapat kemudahan seperti jalan raya dan jambatan. Isu ini katanya memerlukan perancangan yang teratur supaya dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekurang-kurangnya 1,000 kilometer (km) jalan luar bandar di daerah Baram berada rosak teruk dan perlu dibaiki segera. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala mendedahkan pihaknya telah mengumpulkan maklumat berkenaan jalan-jalan rosak terbabit.

"Rangkaian jalan luar bandar ini, yang meliputi 1,000km ini, sebelum ini digunakan oleh pengusaha pembalakan. Ia menghubungkan lebih 400 rumah panjang dan penempatan berselerak.

"Jalan-jalan ini rosak teruk akibat aktiviti pembalakan," jelasnya sambil merayu kerajaan negeri dan Persekutuan mengambil langkah segera untuk membaiki dan menaik taraf jalan-jalan tersebut.

Gala yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), berkata beberapa jambatan di sepanjang laluan ini juga dalam keadaan daif.

Katanya, usaha untuk menaik taraf jambatan memerlukan dana yang besar, justeru ia memerlukan peruntukan dari kerajaan negeri dan kerajaan pusat. – Getaran, 15 Ogos, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 2 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad