web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persaingan Sengit, Siapa Bakal Bawa Pulang Trofi MMA, MAMA 2021?

Nama-nama besar bakal menghiasi pentas anugerah berprestij Korea Selatan, siapakah yang akan membawa pulang trofi tahun ini?

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 12:02PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita gembira buat para peminat  K-pop! Dua anugerah berprestij industri hiburan Korea Selatan iaitu Melon Music Award (MMA) 2021 dan Mnet ASIAN AWARDS (MAMA) 2021 kini boleh disaksikan menerusi penstriman siaran langsung dan video atas permintaan (VOD) JOOX.

Anugerah berprestij yang bakal berlangsung pada 4 Disember ini bakal menampilkan bintang Korea terkenal seperti Baekhyun EXO, BraveGirls, BTS, IU, Oh My Girl, Rose BLACKPINK, SHINee dan TWICE yang bakal dinobatkan sebagai Artis Terbaik MMA. 

Menerusi JOOX VIP, penonton berpeluang menyaksikan anugerah yang berlangsung selama tiga jam ini di rumah. Anda boleh menyanyi dan menari sepuas hati di kediaman anda yang selesa itu. 

“K-Pop ternyata mencatat sejarah tersendiri dan terus mengukuhkan lagi kedudukan sebagai salah satu genre muzik terbaik dunia tahun ini dengan membawa lebih ramai artis K-Pop ke peringkat global.

“Oleh kerana itu, JOOX sangat berbesar hati dan bangga apabila berpeluang untuk membawakan penstriman secara langsung dan video atas permintaan (VOD ). Kami bawakan dua anugerah muzik berprestij dan paling dinanti-nantikan iaitu Anugerah MMA dan MAMA kepada peminat K-Pop di seluruh Asia,” kata Poshu Yeung yang merupakan naib presiden JOOX.

Lebih mengejutkan lagi, MAMA dapat disaksikan secara pecuma untuk semua pengguna JOOX Malaysia pada 11 Disember nanti. Tambah menarik penonton dapat menyaksikan kemunculan semua ahli kumpulan Wanna One. Kali terakhir mereka tampil di pentas adalah pada 2019.

Sebut MAMA, tidak sah jika acara ini tidak dihadiri artis ternama kesayangan ramai seperti BTS, IU, BLACKPINK, Kang Daniel, AESPA, ITZY, ENHYPEN, TXT, DAY6, NCT 127, Seventeen, TWICE dan ramai lagi.

Paling mencuri tumpuan semestinya kategori Kumpulan Lelaki Terbaik Tahun ini yang calon-calonnya bukan calang-calang iaitu BTS, Stray Kids, NCT 127, NCT Dream, Seventeen, dan TXT. 

Manakala bagi kategori Kumpulan Wanita Terbaik Tahun ini juga tidak kurang hebatnya apabila calon-calon terdiri daripada Twice, Red Velvet, ITZY dan Oh My Girl.

Anugerah kali ini juga bakal menyaksikan hos wanita pertama mengendalikan acara tersebut iaitu Lee Hyori. 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi MAMA 2021.

Gambar: CNN, Wikipidea, NME.com

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Surat Terbuka Daripada MMA Kepada Ahli-Ahli Parlimen

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Bintang Bola Sepak, Son Heung-Ming Kembali Menggayakan Koleksi TUMI 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN