Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Mara Separuh Akhir Muzik Muzik 36, Hadiah Hari Jadi Buat Naqiu 

Sambutan ulang tahun kelahiran Naqiu yang ke-35 pada hari ini cukup bermakna apabila lagu duetnya bersama Vanessa Reynauld, 'Rindu Separuh Nyawa' berjaya ke pusingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36. 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 2:45PM

Gambar: Instagram @thisisnaqiu

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Juara Gegar Vaganza Musim 6, Wan Naquiddin Mohd Najib atau Naqiu mengakui bahawa dirinya amat gembira apabila dia berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36 menerusi lagu 'Rindu Separuh Nyawa' yang dipersembahkan secara duet bersama Vanessa Reynauld. 

“Selepas 20 tahun, ini adalah hadiah hari ulang tahun kelahiran saya yang cukup bermakna. Bahkan, sepanjang tempoh ini juga, saya pernah impikan untuk berada di pentas ini, sekurang-kurangnya ke separuh akhir Muzik Muzik. 

“Tetapi sebelum ini, tiada satu pun lagu saya yang sangkut. Jadi, apabila lagu 'Rindu Separuh Nyawa' terpilih, ia adalah suatu berita yang menggembirakan. 

“Malah, ini juga kali pertama saya menjayakan sebuah lagu duet dan tidak sangka pula lagu ini lolos ke pusingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 36. 

“Saya terasa seperti berada di awang-awangan. Terus-terang, tahun ini banyak perkara yang saya berjaya capai. Saya sungguh gembira,” katanya yang meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-35 pada hari ini. 

Semalam, pihak TV3 telah membuat pengumuman 10 lagu pertama berjaya mara ke ke pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36. Salah sebuah lagu tersebut adalah 'Rindu Separuh Nyawa' ciptaan Naqiu bersama Wit dan Mohsen, manakala lirik ditulis Siti Rosmizah. 

Jelas Naqiu lagi, dia dan Vanessa akan berusaha membawakan lagu itu secara jujur dan sebaik mungkin. 

“Kami juga akan mempersembahkan lagu ini mengikut penghayatan kami berdua,” katanya yang juga vokalis kumpulan Boboy.

Sementara itu, Vanessa mengakui memang menyimpan impian untuk berada di pentas AJL. 

“Apabila lagu ini mendapat sambutan yang cukup baik, saya sangat gembira. Malah, saya juga berasa senang apabila pendengar dapat menerima kolaborasi kami berdua. 

“Saya juga tidak tidak dapat gambarkan perasaan apabila dapat  membawakan lagu ini ke pusingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36,” katanya. 

Biarpun sebelum ini pernah menyertai banyak pertandingan nyanyian, Vanessa mengakui masih belum cukup keyakinan untuk meluaskan kerjaya seni suaranya dalam industri. 

“Namun, dengan beberapa pengalaman yang dikutip sebelum ini, saya sudah bersedia. Saya juga bersyukur kerana ramai yang mula melihat bakat saya. 

“Dulu saya berasa sedikit kecewa kerana tidak melakukan yang terbaik. Kini, saya berasa sangat dihargai. Terima kasih kepada semua,” katanya. 

Naim Daniel juga tersenyum gembira apabila lagu nyanyian dan ciptaannya, 'Purnama' terpilih melangkah ke pusingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 36. 

“Ini adalah lagu keempat saya yang sangkut dalam pertandingan ini. Sudah tentu saya meletakkan harapan untuk lagu ini pergi lebih jauh. 

“Bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik dan AJL adalah perkara yang diimpikan setiap pencipta lagu dan penulis lirik. Ia adalah salah satu daripada kepuasan peribadi. 

“Tetapi, saya lebih suka menganggap lagu saya seperti bayi yang dilahirkan. Ia membesar dan saya akan sentiasa memupuknya. 

“Apapun, saya mahu bergembira dengan lagu ini. Kalau ada rezeki pergi lebih jauh, saya akan teruskan. 

“Apa yang penting, saya berkarya disebabkan industri muzik dan saya mahu letakkan keikhlasan dalam persembahan,” katanya yang mencipta lagu itu bersama Amar Radza dan liriknya juga ditulis Amar Radza. 

Selain 'Rindu Separuh Nyawa' dan 'Purnama', lapan lagi lagu yang layak bertanding di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36 terdiri daripada 'Bujang' nyanyian Hael Hussaini manakala karya lagu dan lirik ciptaan Hael Hussaini bersama MFMF, 'Cinta Jangan Pergi' - Azzam Sham (komposer: Asfan Syah, lirik: Asfan Shah/Fedtri Yahya), 'Chikadun' - Floor 88 (komposer Zain Hamzah, lirik: Achoi Floor 88) dan 'Coretan Pilu' - Datuk Awie (komposer Ikhwan Fatanna/Wan Salleh, lirik: Ikhwan Fatanna/Fedtri Yahya). 

Lagu lain yang turut tersenarai adalah 'Lenyap' - Usop (komposer dan lirik: A’A Romal, Karim Karam, Mike), 'Mimpi' - Haqiem Rusli (komposer dan lirik: Haqiem Rusli/Datuk A Aida), 'Penat' - Andi Bernadee (komposer: Nuriman, Andi Bernadee, Efry Arwis/lirik: Nuran) dan 'Salahku' - Yonni Boii yang juga ciptaan lagu dan lirik sepenuhnya daripada rapper tersebut. 

Keseluruhannya, terdapat 30 buah lagu yang akan bertanding dalam pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36. Pengumuman 20 lagu lagi akan dibuat pada iaitu 28 November dan 5 Disember nanti. 

Manakala pertandingan akhir separuh akhir Muzik Muzik 36 bakal berlangsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. - Getaran, 22 November 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Datuk Awie Sarankan Juara Mic On!, Tuah Sertai Din Dan Kid  

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Naqiu, Tomok & Black Bakal Meriahkan Pentas Akhir Mic On!

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Kak Lina Pom Pom Isi Kekosongan Azwan Ali Dalam Mic On!

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Haqiem Rusli Cipta Rekod, Tiga Lagu Mara Ke Separuh Akhir

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 1 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar