web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Datuk Awie Sarankan Juara Mic On!, Tuah Sertai Din Dan Kid  

Seorang lagi juri tetap, Datuk Hattan pula menganggap penyampaian dan persembahan konsisten Tuah adalah bukti dia sudah sudah bersedia untuk berada dalam industri seni tanah air. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 3:29PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi legenda, Datuk Hattan berpendapat juara program Mic On! Musim Kedua iaitu Mohamad Farhan Zahi Mohd Zaini atau lebih dikenali sebagai Tuah, 29, sudah layak untuk berkecimpung secara serius di dalam industri muzik tanah air serta menjadi penyanyi rakaman. 

“Kebolehan Tuah untuk mempersembahkan lagu-lagu yang ditugaskan kepada beliau dengan baik dan kurang memperlihatkan kesilapan sepanjang berlangsungnya konsert ini selama 10 minggu ia bersiaran mengesahkan bahawa Tuah sebenarnya sudah bersedia untuk berada dalam industri seni tanah air. 

“Bahkan, kebolehannya menyampaikan persembahan terutamanya dengan lagu-lagu bergenre rock perlu diakui ramai, dan dia sememangnya layak ditawarkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai vokalis untuk kumpulan-kumpulan rock terhebat tanah air,” katanya sewaktu mengulas mengenai kemenangan Tuah dalam program yang menggabungkan elemen nyanyian dan komedi terbitan Awesome TV itu.

Kemenangan Tuah sememangnya menepati ramalan peminat program ini. Bahkan, pemuda itu juga berjaya memenangi hati ketiga-tiga Juri Tetap iaitu Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu dengan persembahan lagu ‘Cintaku 100 Persen’, nyanyian asal Mas Idayu bagi segmen ‘Tribute Untuk Juri’ dan ‘Salam Terakhir’ (Allahyarham Sudirman Hj. Arshad) untuk segmen ‘Bebas’.

Dengan markah keseluruhan sebanyak 521 markah, Tuah berjaya membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai sejumlah RM15,000 beserta sebuah trofi sumbangan Awesome TV.

Menyentuh tentang kemenangan Tuah, Datuk Awie menyarankan agar sang juara Mic On! Musim Kedua itu untuk menyertai Din dan Kid serta menjadi vokalis kumpulan mereka. 

“Tuah adalah bukti kita mempunyai ramai bakat-bakat tempatan yang hebat dan boleh diketengahkan seterusnya menyerikan lagi industri seni tanah air. 

“Pada masa yang sama, kebolehan Tuah untuk bermain instrumen muzik memberi beliau kelebihan untuk terus menyerlah dalam bidang ini. Mungkin kali ini, rezeki betul-betul di pihak Tuah,” katanya.

Dalam pada itu, Fad Bocey bertindak sebagai ‘Manager” Tuah dan ditugaskan untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar pasukannya dari minggu ke minggu diumumkan sebagai ‘Best Manager’ seterusnya melayakkan dia membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi. 

Ini merupakan kemenangan berganda buat Fad kerana beliau juga berjaya mengungguli kategori yang sama pada musim pertama tahun lalu. 

Tempat kedua dimenangi Bulan dengan lagu ‘Dari Kekasih Kepada Kekasih’ (Datuk Hattan) dan ‘Segalanya Ku Terima’ (Ilusi). Bulan yang mendapat markah sebanyak 463 membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Haze terpaksa akur di kedudukan ketiga dengan markah terkumpul sebanyak 425. Membawakan lagu ‘Memburu Rindu’ (Datuk Hattan) dan ‘Suratan Atau Kebetulan’ (Kenny, Remy & Martin), Haze 

membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,500 dan sebuah trofi. Namun begitu, kejayaan malam tersebut dilihat berganda buat Haze kerana beliau juga diumumkan sebagai pemenang ‘Talent Terbaik MIC ON! Musim Kedua Pilihan Awesome TV’.

 Zakir hanya mampu berada di tempat keempat dengan markah keseluruhan sebanyak 392 dengan lagu ‘Hukum Karma’ (Wings) dan ‘Jangan Khianati Aku’ (Azlan Typewriter), manakala finalis tunggal wanita, Yulia, berada di kedudukan kelima dengan 353. Yulia membawakan lagu ‘Selangit’ (Mas Idayu) dan’ ‘Gemilang’ (Jaclyn Victor). Dua lagi peserta, Hafiy dan Aiman terpaksa akur dengan kedudukan masing-masing di tangga keenam dan ketujuh.

Pentas akhir MIC ON! yang melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu, turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran empat artis popular kesayangan ramai, Black, Tomok, Naqiu dan Hazama yang mana masing-masing diberi tanggungjawab untuk menduduki kerusi SuarNet, mewakili suara warga netizen. 

Tidak terhenti di situ sahaja, mereka turut menyampaikan persembahan penutup yang cukup memukau audiens sehingga menerima ‘standing ovation’ dari juri dan penonton dengan lagu akhir, ‘Bujang Senang’. 

MIC ON! musim kedua dikendalikan Issey Fazlisham dan susunan muzik sepanjang berlangsungnya konsert mingguan pula dikemudikan oleh Hashridz Murshim atau lebih dikenali dengan nama Datuk Acis yang bertindak sebagai Pengarah Muzik. - Getaran, 4 April 2022

Gambar: Awesome TV 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selepas 8 Tahun Tidak Bertemu, Datuk Awie Bersyukur Akhirnya Bakal Beraya Bersama Dua Anaknya Pada Aidiladha Ini

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Peguam Datuk Ayu Puteh Memohon Membatalkan Tuntutan Balas Awesome TV Sebanyak RM142 Juta Di Mahkamah 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN