Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Haqiem Rusli Cipta Rekod, Tiga Lagu Mara Ke Separuh Akhir

Tiga lagu ciptaan dan nyanyi Haqiem yang mara ke separuh akhir Muzik Muzik 36 adalah 'Adlina Marie', 'Mimpi' dan 'Lara'.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 5:24PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang juga pencipta lagu Haqiem Rusli mengakui tidak menyangka tiga lagu nyanyian dan ciptaannya terpilih untuk bersaing dalam pusingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36. 

Tiga lagu tersebut adalah 'Adlina Marie' iaitu ciptaan lagu dan lirik bersama Ibnu dan Ezra Kong, 'Mimpi' (komposer dan lirik oleh Haqiem Rusli dan Datuk A Aida) serta Lara (komposer Hael Husaini dan MFMF, lirik oleh Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli). 

'Adlina Marie' dan 'Mimpi' lagu yang dipersembahkan Haqiem secara solo, manakala 'Lara' pula adalah karya yang menampilkan paduan suara hebat Haqiem, Hael Hussain dan Naim Daniel. 

Kejayaan ketiga-tiga lagu tersebut untuk mara ke pusingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 boleh dianggap sebagai satu pencapaian terbaik Haqiem kerana tidak pernah lagi ada mana-mana penyanyi yang juga pencipta lagu tempatan mencipta rekod sedemikian. 

Sewaktu diwawancara, Haqiem berkata, ini adalah kali pertama tiga lagunya mara ke semi final dan ia juga merupakan satu cabaran baharu buat dirinya. 

“Saya tahu tidak mudah bawakan ketiga-tiga lagu ini pada semifinal itu nanti. Saya hanya mengharapkan yang baik-baik sahaja. 

“Kalau boleh, memang saya mahu ketiga-tiga lagu ini berjaya melangkah ke AJL. Untuk itu, saya telah pun berbincang dengan pihak pengurusan iaitu FMC supaya mengosongkan jadual seminggu sebelum pusingan Separuh Akhir Muzik Muzik bermula. 

“Ini perlu untuk saya menjaga stamina. Selain itu saya perlu bersenam dan mengikuti kelas vokal dengan cikgu Syafi. 

“Apa yang pasti, saya akan cuba buat sehabis baik dan harap semua peminat akan memberikan sokongan buat saya nanti,” katanya pada sidang media pengumuman 10 lagu ketiga yang layak mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik pada Ahad lalu. 

Haqiem bagaimanapun tidak menafikan bahawa dia mempunyai kebimbangan untuk beraksi pada pusingan separuh akhir tersebut. 

“Kebimbangan paling utama adalah aspek kesihatan. Bimbang ia akan menggangu momentum persembahan. Selebihnya, adalah suara jadi serak pada waktu persembahan dan air muka nampak penat. 

“Untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku, saya perlukan rehat dan tidur yang cukup. Latihan juga tidak boleh terlalu banyak dan tahap minda juga kena sentiasa positif. 

“Bila saya berada di pentas, saya mahu buat yang terbaik untuk banggakan ibu bapa dan semua peminat," katanya mengakhiri wawancara. 

Kesemua 10 lagu ketiga yang terpilih adalah ‘Nafas Cinta’ nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul (komposer: Khai Bahar dan Aina Abdul, lirik: Aina Abdul dan Wan Zakaria), ‘Neraca’ - Kmy Kmo, Luca Sicta dan Datuk Jamal Abdillah (komposer dan lirik: Kmy Kmo dan Luca Sickta), ‘Boneka’ - Ernie Zakri, ‘Bagaimana’ - Muna Shahirah dan Zack Zakwan (komposer dan lirik: Gouffran dan Sang Hitam) dan ‘Lautan Asmara’ - Kugiran Masdo (komposer dan lirik: Ali Sariah).

Lagu lain yang turut tersenarai adalah ‘Adlina Marie’ - Haqiem Rusli (komposer dan lirik: Haqiem Rusli, Ibnu dan Ezra Kong), ‘Teman’ - Iman Troye ( komposer dan lirik: Ezra Kong dan A. Ramlee), ‘Intan Payung’ - Noraniza Idris dan Bunga (komposer: Luca Sickta, Bunga dan Amzar Razqa, lirik: Bunga dan Siqma), ‘Angkara’ (komposer: Sharon Paul, lirik: Fedtri Yahya dan Nana Alias) serta ‘Lara’ - Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli (komposer: Hael Husaini dan MFMF, lirik: Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli). 

Pengumuman tersebut dibuat hos program 'Muzik-Muzik', Sissy Iman bersama Muaz Mohamed yang menggantikan tempat Alif Satar pada minggu ini. 

Dengan pengumuman ini, bererti lengkaplah senarai keseluruhan 30 lagu yang akan bertanding dalam pusingan separuh akhir Muzik Muzik 36.

Pertandingan separuh akhir ini bakal berlangsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. Lagu mana agaknya yang berjaya melangkah ke final Juara Lagu? - Getaran, 8 Disember 2021 

Gambar: Instagram @haqiemrusli98

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 bulan yang lalu

Haqiem Rusli Jawab Dakwaan Perkahwinan Bermasalah

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

4

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 8 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN