web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kak Lina Pom Pom Isi Kekosongan Azwan Ali Dalam Mic On!

Selain kehadiran Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom), penyanyi Naqiu akan mengisi slot SuarNet membuat ciapan di platform Twitter sepanjang konsert berlangsung.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 11:59AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketiadaan pengacara sensasi, Azwan Ali atau dikenali juga sebagai Diva AA yang telah digugurkan dalam konsert Mic On! pada Jumaat lalu di saluran Awesome TV, sama sekali tidak menjejaskan program berkenaan. 

Bahkan, konsert bertemakan ‘Dalam Kenangan’ yang  telah dikendalikan Issey Fazlisham secara solo buat julung kalinya itu telah mencatatkan peningkatan jumlah tontonan yang memberangsangkan berbanding minggu-minggu sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, pihaknya gembira dengan prestasi yang dipamerkan Issey pada minggu lalu. 

“Walaupun beliau bersendirian, Issey dilihat bijak menguasai pentas dengan cemerlang dan bersahaja tanpa rasa gementar. 

“Pendekatan Issey di atas pentas juga menerima respons yang baik daripada barisan juri tetap Mic On! iaitu Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu apabila mereka turut terhibur dengan gelagat spontan Issey yang mencuit hati sepanjang konsert berlangsung. 

“Barisan ‘Managers’ yang terdiri daripada Ajak Shiro, Ropie dan Fad Bocey turut menunjukkan keserasian yang ketara sekali gus melancarkan perjalanan konsert tersebut,” katanya. 

Untuk konsert Mic On! suku akhir yang bakal berlangsung pada malam ini, pihak produksi akan menyuntik kelainan segar dengan membawa masuk selebriti sensasi, Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan nama pentas Kak Lina Pom Pom sebagai hos jemputan. 

“Menerusi pemerhatian kami, pemilihan Kak Lina Pom Pom dilihat tepat dan bersesuaian dengan keseluruhan konsep program ini. 

“Kehadiran beliau di pentas-pentas besar sebelum ini kerap kali mendapat pujian ramai khususnya dalam kalangan warganet. Kami yakin, gandingan kedua-dua Kak Lina Pom Pom dan Issey mampu mencetuskan magis yang tersendiri. 

“Kami turut berharap, kelainan minggu ini mampu memberikan keterujaan luar biasa buat penonton,” kata Adam lagi. 

Penyanyi Adibah Noor pula diundang khas bagi mengisi kerusi Juri Jemputan dan mengadili pertandingan ini bersama Awie dan Mas Idayu. 

Manakala, penyanyi Naqiu akan mengisi slot SuarNet yang bakal mewakili warganet dan membuat ciapan di platform Twitter sepanjang konsert berlangsung.

Untuk konsert suku akhir yang mengangkat tema ‘Minggu Komedi’, seramai sembilan peserta bakal berentap untuk menempah tempat ke peringkat seterusnya sekali gus merebut gelaran juara. 

Peserta Haze bakal membawakan lagu ‘Aspalela’ yang pernah dipopularkan Saiful Apek, Anissa (‘Tiru Macam Saya’, Saloma/Sheila Majid), Yulia (‘Dengar Ini Cerita’, Anita Sarawak), Izzy (‘Apa Dah Jadi?’, Tan Sri SM Salim), Bulan (‘Lagu Hits Untukmu’, Shamsul Ghau Ghau), Aiman (‘Saman’, Poe), Tuah (‘Prof. Klon’, Pak Nil), Zakir (‘Sebelum & Sesudah’, Senario) dan Hafiy (‘Makan’, Jalil Hamid). 

Mic On! bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di saluran Awesome TV menerusi platform Astro 123 dan MyTV 112. - Getaran, 18 Mac 2022


 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Peguam Datuk Ayu Puteh Memohon Membatalkan Tuntutan Balas Awesome TV Sebanyak RM142 Juta Di Mahkamah 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN