web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cerai dan Perasaan Kecamuk Dalam Album Terbaharu Adele ‘30’

Perasaan anda bagai dihiris-hiris mendalami lagu-lagu Adele selepas episod penceraiannya.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 12:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tepat jam 12 malam tadi, 12 lagu dalam album terbaharu penyanyi terkenal Adele sudah boleh dilayari menerusi platform penstriman muzik.

Mendengar satu persatu muzik dalam album terbaharunya ini seperti menggeledah hatinya apabila Adele seperti yang diketahui khalayak baru sahaja melalui fasa genting hidupnya apabila bercerai dengan bekas suaminya, Simon Konecki. 

Lagu-lagu dalam album 30 sebenarnya banyak berirama rancak. Namun ironinya, lirik-liriknya seperti pisau, ia menoreh, melukakan dan meninggalkan kesan yang dalam. Track 'My Little Love' misalnya merakam perbualannya dengan anak tentang apa yang dilaluinya. 

Dalam lagu itu, Adele meminta maaf kepada anaknya jika pilihannya melukakan anaknya. Seperti yang pernah diberitahu Adele sebelum ini, memang album ini dihasilkan bagi menjelaskan kepada anaknya episod perpisahan bersama suaminya.

Bagi penulis, ia adalah lagu yang paling menangkap untuk album ini. Apalagi Adele menangis dalam lagu itu.

Berkemacuk perasaan Adele bertarung dengan hatinya sendiri sangat jelas dalam lagu 'Hold On' menceritakan bagaimana dia berasa kosong dan kesepian yang sangat dalam.

Adele berkata dalam liriknya kadangkala dia membenci dirinya sendiri seperti baris ‘right now I truly hate being me’. Betapa sulitnya memaafkan dalam rahsia dan bertahan untuk mempercayai ada cinta lain yang akan datang untuknya. 

'To Be Loved' mendedahkan bagaimana Adele sangat penat dan tidak mampu membohongi dirinya lagi. Baginya, dia mengutamakan keluarga sehingga terpaksa meninggalkan hal-hal yang dicintainya juga bukan kemahuan dirinya. “To be loved and love at the highest count, means to lose all the things I can’t live without,” nyanyinya. 

'Woman Like Me' kalau diamati menceritakan perasaan kecewa Adele terhadap bekas suaminya. Dalam lagu itu, Adele menyifatkan suaminya hanya banyak memberi alasan dalam hidup dan selalu merasakan Adele membuatnya berasa kecil.

Sehingga akhirnya Adele tawar hati dan merasakan cintanya layak diterima oleh lelaki yang lain. “It is so sad a man like you could be so lazy,” tulisnya.

Antara lagu yang menjadi kegemaran penulis juga para peminat Adele yang lain ialah lagu 'I Drink Wine'. Ia mengingatkan kepada masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan dengan penyelesaian yang sementara seperti minum wain.

Adele menyatakan dia telah berusaha untuk memberikan yang terbaik. Namun, semakin diusaha, semakin terbukti bahawa masing-masing harus memilih laluan berbeza. “Why am I seeking approval from people I don’t even know?

Penceraian Adele sangat memberi impak dalam kerjaya muziknya. Pilihan Adele untuk berpisah pernah didedahkan dalam sebuah temu ramah sebelum ini iaitu dia tidak menyukai siapa dirinya ketikan bersama bekas suaminya.

Walaupun jeda enam tahun agak panjang, penulis merasakan vokal Adele untuk album ini sangat matang sekali.

Baru-baru ini semasa wawancara bersama Oprah, Adele mengakui bahawa selepas malapetaka yang dialaminya, dia bergulat dengan perasaan bersalah, mabuk, kemurungan, sunyi, meragui diri sendiri sehingga akhirnya merasakan dia perlu merelakan segala yang terjadi. 

Album 30 menceritakan bagaimana trauma dan terlukanya seorang wanita yang membuatnya hilang 'jiwa', minat dan paling penting, jenakanya. Namun begitu, dapat kita rasakan bahawa Adele sedang mencari kekuatan untuk menjadi versi dirinya yang lebih baik dan kuat. Terima kasih Adele!

Gambar: Instagram @adele

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Nekad Bercerai Dengan Aliff Aziz

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Peguam Tak Tahu Dakwaan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Pernah Bercerai Sebelum Ini, Akan Segera Siasat

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

"Dalam Kehidupan Kita Tak Boleh Miliki Semuanya" Coretan Puteri Sarah Bikin Netizen Mengalir Air Mata

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Temui Kata Sepakat, Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Akhirnya Bakal Bercerai Pada 18 April Ini

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan