web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Album Baharu Kumpulan TRI.BE Lebih Dinamik, Memukau!

Menariknya, album kali ini menawarkan keunikan muzik yang membawa mesej bahawa kumpulan ini sudah bersedia untuk meneroka semesta.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 2:40PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru sahaja debut Februari lalu, kumpulan dari Korea Selatan TRI.BE sudah mendapat perhatian hasil daripada paduan suara, visual dan bakat mereka yang unik.

Mana tidaknya, hanya lima bulan selepas debut, video muzik kumpulan ini sudah mencecah hampir 10 juta tontonan selain mendaki carta keempat dalam senarai Rookie K-Artists.

Kini, kumpulan yang terdiri daripada tujuh gadis jelita iaitu Songsun, Kelly, Jinha, Hyunbin, Jia, Seoun dan Mi Rae ini bakal hadir dengan album terbaharu mereka bertajuk 'VENI VIDI VICI' dalam bahasa Latin yang bermaksud 'saya datang, saya nampak, saya takluk'.

Penerbit lagu mereka iaitu S.Tiger dan ELLY sekali lagi bekerjasama menghasilkan buah tangan ini setelah meneliti potensi yang ada pada ahli kumpulan TRI.BE. Banyak genre dihasilkan dalam album ini seperti trap-pop, electropop, reggae dan afrobeat.

Kesemua ahli kumpulan meletakkan seluruh usaha, tenaga dan harapan ke dalam album terbaharunya ini. 

“Kami lakukan sepenuh hati untuk menjayakan album ini termasuk koreografi dan ia menyeronokkan. Susah nak tahan gelak bila kami di pentas,” cerita Mi Rae. 

Ahli kumpulan itu juga bangga dengan vokalis mereka iaitu Songsun yang berjaya membawa bahagian nada tinggi dalam lagu mereka. 

“Saya berusaha keras untuk melakukan persediaan dalam bahagian itu,” celah SongSun.

Album ini mengandungi tujuh lagu dan dua lagu yang telah dilancarka sebelum ini iaitu ‘DOOM DOOM TA’ serta ‘RUB-A-DUM’. 

Menariknya, album kali ini menawarkan keunikan muzik yang membawa mesej bahawa kumpulan ini sudah bersedia untuk meneroka semesta.

Sebuah lagu semangat bertajuk 'Would You Run' sangat memukau. Ia mengandungi paduan muzik yang penuh dengan suspen, ritma yang dinamik sekali gus dijangka bakal menjadi lagu paling menonjol dalam album terbaharunya ini.

Selain itu, lagu-lagu yang lain juga mempunyai keunikan tersendiri. Lagu 'LOBO' menceritakan bagaimana kumpulan wanita itu tidak takut terhadap apapun dan mereka mara bersama-sama seperti seekor serigala. 

Manakala lagu '-18' menceritakan impian ahli kumpulan tersebut yang berumur bawah 18 tahun ketika dewasa. 'Got Your Back' menceritakan bagaimana mereka mencari kekuatan walaupun murung serta lagu 'True' yang didedikasikan kepada peminatnya.

Ditanya apakah harapan kumpulan tersebut terhadap lagu terbaharu ini, mereka berharap agar pendengar tanam kepercayaan kepada diri dan tingkatkan keyakinan. 

“TRI.BE ingin mengajak semua peminat untuk lebih yakin diri dan bangga berjalan bersama-sama kami. Kita kena percaya dengan diri dan jangan gentar menghadapi apa jua cabaran," kata Hyunbin menutup bicara.  

TRI.BE diambil daripada perkataan tri (triangle) simbolik kesempurnaan. Sementara be bermaksud kehadiran. Maka TRI.BE digabungkan menjadi sebuah kehadiran yang sempurna. 

Gambar: Universal Music Group

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN