web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Langkah Baru Panduan Mereka Yang Mahu Ceburi Industri Muzik 

Arif Paiman, Hafiy Halim, The Legacies dan Trigalogy akui program edutainment ini membantu mereka memahami apa itu hak harta intelek, menjadi pihak berkepentingan serta menjana pendapatan menerusi royalti. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 2:50PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah perjalanan yang panjang. Namun, cukup berbaloi buat Arif Paiman, Hafiy Halim, The Legacies dan Trigalogy apabila mereka dipilih untuk menyertai projek Langkah Baru yang dicetuskan Taja Mustapha dan Kimmy Khir. 

Kesemua peserta terdiri daripada pemuzik dan penggiat seni dari pelbagai kategori iaitu yang sedang meningkat naik, pejuang muzik Indie, penghibur majlis korporat dan perkahwinan serta pemuzik jalanan (busker). 

Dengan latar belakang yang unik dan berbeza ini, mereka berkongsi minat dan kecintaan terhadap muzik dan ada yang sudah bertahun-tahun membuat persembahan, namun tidak berpeluang menggunakan bakat nyanyian, penciptaan lagu dan penghasilan lirik untuk menjadi pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam industri ini. 

Arif
Arif

Arif, 31, yang pernah menyertai  bidang peragaan, lakonan drama dan pementasan teater, menyanyi serta membuat persembahan gig bersama band muziknya, Ocean Astronaut mengakui bahawa dia memperolehi bermacam-macam ilmu daripada barisan mentor tentang industri muzik.  

“Daripada cara menulis lirik, membuat lagu, menyusun dan menerbitkan lagu, hak terhadap harta intelek dan royalti sehinggalah kepada cara membaca dan memahami kontrak, semuanya telah diajar dan dikongsi kepada kami. Ia benar-benar membantu untuk dipraktikkan.  

“Menerusi projek Langkah Baru, saya telah diberi peluang untuk mencipta melodi, menulis lirik dan menyanyikan sendiri lagu saya yang berjudul 'Fantasi'. Lagu ini menceritakan tentang khayalan seseorang apabila berjaya menggapai impian bergelar penyanyi,” katanya  

Hafiey
Hafiey

Hafiey yang merupakan pelajar semester enam jurusan Sarjana Muda Pendidikan Seni Muzik (Kepujian) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pernah menyanyi secara busking dan menyertai beberapa pertandingan nyanyian secara online dan pentas TV seperti program All Together Now.

“Sebelum ini, saya kurang arif tentang industri muzik. Namun, menerusi program ini, banyak yang mula saya pelajari dan fahami. Misalnya tentang kandungan kontrak, kerja-kerja penerbitan, tugas dan peranan seorang penerbit serta fungsi setiap badan pelesenan.  

“Dalam program ini, saya telah diberi peluang mencipta lagu sendiri berjudul 'Kata'. Saya dapat ilham menghasilkan lagu ini sewaktu berada di tahun akhir diploma. Ketika itu saya menyukai seseorang tetapi apabila berdepan dengannya, lidah saya kelu tidak dapat berkat-kata," katanya yang tidak sabar menunggu kemunculan muzik video 'Kata'. 

The Legacies
The Legacies

Walaupun datang dari keluarga seni yang berpengalaman, pasangan duo suami isteri The Legacies, Ayang Hussein dan Jay Cugat mengakui masih banyak perkara yang mereka tidak tahu mengenai selok-belok dunia rakaman dan industri muzik. 

“Program ini seolah-olah membuka mata kami tentang apa yang perlu dan patut kami tahu mengenai segala perkara melibatkan proses rakaman, penerbitan, pemasaran, pengedaran sehinggalah kepada hal-hal melibatkan hak cipta karya lagu, royalti dan badan pelesenan. Begitu juga persiapan sebagai seorang artis dan penggunaan media sosial untuk berhubung dengan peminat. 

“Akhirnya selepas 18 tahun, baru saya berhasil menjadi penyanyi rakaman dan merakamkan lagu sendiri berjudul 'Cinta'. Secara peribadi saya sangat menyukai lagu ini. Ia sebuah lagu yang sangat indah, menarik dan sesuai untuk dinyanyikan di majlis perkahwinan,” katanya. 

Trigalogy
Trigalogy

Biarpun menganggap usia menjadi kekangan mereka untuk menyertai program Langkah Baru, galakan daripada keluarga dan rakan-rakan mendorong Trigalogy yang dianggotai Nadim, Hafiz dan Apuk untuk menyertai program ini. 

“Apa yang dikongsikan barisan mentor dalam program Langkah Baru ini ternyata membuka mata kami terhadap kepentingan memiliki karya dan hak cipta lagu sendiri. 

“Ia membuatkan kami bersemangat untuk terus berkarya dan menghasilkan lagu sendiri selepas. Harap Kimmy dan Taja akan terus membantu untuk kami benar-benar memahami selok-belok industri muzik. 

“Untuk projek Langkah Baru ini, kami membawakan lagu ciptaan kami sendiri iaitu 'Memori Kita'. Lagu ini sebenarnya sangat dekat di hati saya kerana pada tahun lepas saya telah kehilangan enam rakan serta dua ahli keluarga," kata Nadim selaku ketua kumpulan. 

Trigalogy asalnya pemuzik jalanan yang mengadakan persembahan di beberapa tempat. Namun, Chaiwalla Sessions di Curve Mall yang diusahakan Nadim sebagai platform pemuzik jalanan menghiburkan khalayak telah menyatukan mereka.  

Menariknya, ketiga-tiga mereka mempunyai pengalaman muzik yang cukup luas dan pernah menjadi pemuzik iringan kepada penyanyi dan band tersohor tanah air. Ada juga yang pernah merakam album dan menghasilkan lagu tetapi ia terhenti separuh jalan.  

Projek Langkah Baru yang dibangunkan Taja dan Kimmy di bawah syarikat mereka iaitu Archive Capital Sdn Bhd dan Taja Archive Sdn Bhd ini, berkonsep program edutainment yang memfokuskan pembangunan bakat dan pembinaan rangkaian dalam industri muzik Malaysia.

Kimmy tulang belakang projek Langkah Baru
Kimmy tulang belakang projek Langkah Baru

Menekankan tiga aspek utama iaitu asas pengetahuan hak cipta, asas produksi muzik dan asas pengendalian bisnes industri muzik, projek ini turut dijayakan bersama rakan-rakan karyawan seni lain seperti Adi Priyo Sambodo@Adi 6ixth Sense, Alyph, Prashan Chitty, Joe Lee dan Liza Ramli. Kesemua mereka bertindak sebagai mentor program dengan dibantu mentor jemputan lain. 

Langkah Baru mendapat mandat dan sokongan sepenuhnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik 2020 dengan tujuan untuk mengangkat industri muzik ke tahap lebih tinggi

Ia turut mendapat kerjasama dan sokongan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Badan Badan Pelesenan Muzik MACP, PPM dan RPM serta rakan industri muzik strategik yang lain. - Getaran, 20 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Aksi Biadab Di GVF23 Undang Kemarahan Penggiat Seni, Kesal Ramai Hilang Pendapatan Gara-Gara Festival Dibatalkan

2

TARA 3 tahun yang lalu

Shruti Haasan Akui Buat Pembedahan Hidung, Anak Aktor Kamal Haasan Ini Kata Prosedur Kosmetik Hak Individu 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Tak Pernah Berhenti Berkarya, Slank Bakal Bikin Konsert Di Malaysia, Rai Perjalanan Muzik 4 Dekad

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Jumpa Di Mahkamah Prism Berhad! - 32 Penggiat Seni Failkan Notis Usul Dan Afidavit

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN