web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anak Seniwati Mariani Angkat Lagu Joget Di Persada Antarabangsa

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 9:10PM

Gambar dari Facebook Rozita Rohaizad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lagu irama joget yang menjadi sebahagian daripada seni tradisonal Melayu kini semakin dilupakan, khususnya dalam kalangan generasi baharu yang lebih gemar kepada muzik berentak seperti hip hop, rock serta K-pop. 

Bagaimanapun penyanyi/pelakon Rozita Rohaizad yang juga anak seniawati Mariani Ismail, tidak silu untuk mengetengahkan irama itu di peringkat antarabangsa semasa menyertai International Mother Language Day (Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa) yang diraikan di Aberdeen Multicultural Center, United Kingdom, Ahad lalu.

Rozita turut melakar sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang diundang untuk menjayakan festival itu yang dianjurkan sejak 2019.

Sambutan setiap 21 Feb itu diperkenalkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bertujuan mempromosi dan memberi kesedaran tentang kepelbagaian bahasa yang dipertuturkan di seluruh dunia. 

Berkongsi detik manis tersebut, artis itu berkata beliau memilih untuk menyanyikan lagu irama Malaysia bertajuk Joget Malam Pertama untuk diperdengarkan pada sambutan yang dijayakan secara dalam talian Zoom Meeting.

"Saya merakamkan persembahan menyanyi dan menari joget dalam bentuk video dengan memakai ala kebaya, berkain batik serta  berlatarbelakangkan kereta lembu bagi memperkenalkan keunikan kebudayaan dan bahasa kita. 

“Semasa dijemput, pada mulanya saya tidak tahu yang saya merupakan rakyat Malaysia pertama menjadi peserta acara ini, rasa terkejut tapi dalam masa sama saya gembira dan bersyukur, " katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Katanya antara negara yang turut membuat persembahan pada acara dalam talian itu ialah Slovenia, Poland, Scotland, Colombia, India, Bangladesh, Afrika Selatan, Mexico, Venezuela dan Romania. 

Rozita sebelum ini pernah beberapa kali mewakili negara dengan mengadakan persembahan antaranya di National Multicultural Festival Canberra, Malaysia Festival Sydney dan Fuji Television Tokyo.

Beliau yang pernah membintangi drama tv bersiri seperti 'Tanah Kubur' dan 'Gerak Khas' turut berharap agar  wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara cepat berakhir bagi memberi peluang kepadanya  membuat persembahan di pentas luar negara bersama penari dan pemuzik, sekali gus memartabatkan lagi seni budaya negara di persada antarabangsa.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 tahun yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kementerian Luar Palestin Sambut Baik Draf Resolusi UNESCO Mengenai Gaza

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Fadlina Ketuai Delegasi Malaysia Ke Persidangan Agung UNESCO Di Paris

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...