web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Komposer Muzik Malaysia Terima Pengiktirafan Lincoln Book Of Records

Nama Vijayanathan Dhaharasen tercatat dalam Lincoln Book of Records di India selepas memimpin persembahan muzikal selama enam jam 40 minit 16 September lalu.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 8:59AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang komposer muzik Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila namanya tercatat dalam Lincoln Book of Records di India, selepas memimpin persembahan muzikal selama enam jam 40 minit, sempena Hari Malaysia pada16 September. 

Vijayanathan Dhaharasen atau lebih dikenali sebagai Komposer Jay dikatakan pemuzik pertama di dunia yang mencatat rekod tersebut .

Penampilan secara maraton itu, juga bersempena dengan Hari Kebangsaan ke-64, disertai 104 pelajar dan guru muzik dari 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dengan setiap peserta menghantar rakaman persembahan mereka melalui telefon bimbit.

Persembahan itu menggabungkan lagu-lagu patriotik Malaysia, bacaan puisi dan pidato kenegaraan oleh pelajar berusia antara enam hingga 15 tahun.

"Anugerah antarabangsa ini diberikan sebagai penghargaan kepada semua 104 pelajar dan guru muzik saya di seluruh Malaysia atas usaha gigih mereka menjayakan maraton muzik ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, Vijayanathan, yang berasal dari Pulau Pinang dan mengendalikan 'Jays Online Music' di Kuala Lumpur, telah menerima Anugerah Edison Tamil Nadu pada 2018 di bawah kategori pengarah muzik terbaik.

Beliau juga berpeluang menyanyi di bawah pengarah muzik terkemuka India James Vasanthan untuk lagu berjudul ‘Yenna Solla’, dari filem Azhagu Magan.

Pada Mei 2017, vokalis dan guru vokal itu bersama 66 orang muridnya diiktiraf mencipta rekod  'Most Number of Composers in a Single Album' yang turut mendapat pengiktirafan Malaysia Books of Records. 

Album yang menampilkan 19 lagu, digubah, dinyanyikan dan ditulis 66 murid dengan pelancaran audio berlangsung di Pusat Seni Petaling Jaya pada Mei 2017.

Lincoln Book of Records diwujudkan untuk mengiktiraf mereka yang menunjukkan pencapaian luar biasa dan membuktikan kemampuan kepada masyarakat. - Bernama

Isu Pada

Sisi Tersembunyi Daiyan Trisha

25 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN