web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BitoBeyto Ambil Masa Tiga Hari Siapkan ‘Nurul’

Sejak menulis banyak lagu berkisar putus cinta, Bito kerap menerima mesej daripada peminat berkenaan isu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 2:37PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi muda BitoBeyto mendedahkan hanya memerlukan masa tiga hari untuk menyiapkan lagu bertajuk 'Nurul' yang dimuat naik bulan lalu. 

Video muzik lagu 'Nurul' yang berdurasi hampir empat minit itu menceritakan tentang kisah sepasang kekasih mengimbau kenangan bahagia mereka sebelum masing-masing menemui pasangan baharu. Kisah cinta tidak kesampaian ini sebenarnya sudah ditulis Bito pada 2018 dengan mengambil inspirasi daripada pengalaman rakan terdekatnya. 

“Sebenarnya saya pernah muat naik lagu 'Nurul' versi akustik sebelum ini dan ia mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pendengar khususnya bagi pengguna Tik Tok. 

“Proses mencipta lagu ini tidaklah begitu rumit. Saya hanya duduk dengan gitar dan siapkan dalam masa tiga hari. Lirik yang saya pilih mudah dan saya dapat menulis dengan cepat. 

"Melihat kepada keadaan itu, saya dan pihak pengurusan memutuskan untuk merakam semula lagu tersebut dengan susunan muzik yang baru. Ia siap sepenuhnya pada penghujung tahun lalu,” kata Bito ketika dihubungi Getaran. 

Tanpa disangka, ketika lagu 'Nurul' dilancarkan bulan lalu, ia jatuh pada tarikh yang sama pemergian penyanyi Siti Sarah setelah berjuang melawan COVID-19. Satu Malaysia menjadi sayu pada hari itu. Menghormati berita menyedihkan itu, Bito yang juga merupakan artis naungan Rusa Music itu tidak begitu beria-ia mempromosikan lagu tersebut. 

“Saya ada ubah sedikit lirik lagu 'Nurul' waktu itu supaya ada kena mengena dengan arwah Siti Sarah. Ia mendapat tontonan yang tinggi pada waktu itu. Namun, abang Shuib ada minta agar orang ramai menurunkan mana-mana video berkenaan isterinya. Jadi video itu saya padam bagi menghormati permintaannya,” ceritanya yang kini fokus menyanyikan lagu saduran di samping giat menjual roti john dan burger. 

Sejak menulis banyak lagu berkisar tentang putus cinta dan berkongsi dengan topik perhubungan di media sosial, Bito kerap menerima banyak mesej daripada peminat berkenaan isu ini. 

“Ada yang saya balas tapi mana yang merepek, saya tak layanlah,” jawabnya seraya ketawa.

Bito mengakui mempunyai banyak lagu dalam simpanan yang hanya menunggu masa untuk diterbitkan. Pelantun lagu 'Hilang' itu juga mengakui menyimpan impian besar untuk berkolaborasi dengan beberapa selebriti seperti Datuk Jamal Abdillah, Haqiem Rusly, Naim Daniel dan Tuah Adzmi. 

Setakat ini, lagu 'Nurul' telah mencatat lebih 100 ribu tontonan di YouTube dalam masa sebulan. Bito berharap lagu ini terus mendapat tempat di hati pendengar. 

Terdahulu, Bito pernah menghasilkan lagu bertajuk 'Hilang' yang  pernah menjadi viral di media sosial. - Getaran, 22 September 2021

Sumber foto: Rusa Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN