web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 2:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Bunga Raya' - Yulia Kamelia

Yulia Kamelia merupakan pendatang baharu dalam arena seni suara tempatan dan bakatnya pernah dicungkil lewat rancangan realiti I Can See Your Voice. Penampilannya dengan karya ini sekitar Hari Malaysia juga sangat kena pada waktu kerana lagu ini mampu membangkitkan semangat sayangkan negara dengan cara tersendiri. Lagu ini mempunyai nuansa lagu-lagu patriotik asli yang dipetik dari era 60-an dan 70-an, biarpun ia sebenarnya dicipta di alaf baharu ini oleh Aliff Hassan, Hariz dan Muluk. Ditambah dengan suara Yulia yang agak mirip dengan penyanyi-penyanyi Melayu klasik terdahulu lagu ini ada harapan menjadi lagu khazanah untuk perayaan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan seumpamanya.

'Nadi Cinta Kita' - Hasnol

Pengikut tegar seni hiburan tempatan pasti ingat akan suara merdu Hasnol pada era 90-an dahulu melalui karya 'Laguku Untukmu'. Kini setelah lebih tiga dekad Hasnol membuat kejutan dengan menampilkan sebuah album penuh berjudul Nadi Cinta Kita. Album ini memaparkan  tujuh buah lagu terbaharu bertajuk 'Nadi Cinta Kita' , 'The Ryhtm Of Love' , 'Hilang',  'Laguku Untukmu Remix 2020' serta tiga lagu lagi dalam versi instrumental. Album ini turut mengetengahkan lagu ‘Hilang’ yang telah dicipta oleh Allahyarham Tony Iskandar Alberto atau lebih dikenali dengan nama pentas beliau, Tony Spider. Mempersembahkan Nadi Cinta Kita sebagai single pertama album ini, jelas menunjukkan cinta Hasnol pada seni suara masih belum pudar. Namun lagu ini tidak sekuat lagu-lagu lamanya seperti 'Sudi Katakan Sudi' dan 'Laguku Untukmu'. Apa pun kami ucapkan syabas kepada Hasnol kerana masih gigih mewarnai industri muzik Malaysia.

'Ceria' -  Timah 

Bekas peserta Ceria Megastar Ministar Fatimah Noryyah Mohd. Noor Kosygin atau lebih mesra dengan panggilan Timah, tampil buat pertama kalinya dengan single pertama berjudul ‘Ceria’ ciptaan komposer terkenal, MFMF bersama  Asyraf Nasir. Sesuai dengan imej Timah yang masih muda, lagu ini berentak rancak dan membangkitkan suasana gembira buat semua yang mendengarnya. Suara Timah yang masih muda juga nampaknya sangat sebati dengan melodi yang dipertaruhkan. Permulaan yang baik untuk seorang artis baharu, namun untuk mendapat perhatian lebih ramai pendengar lagu ini memerlukan putaran radio yang lebih tinggi.

'Hatiku Panas' - Eriy Ryzale Feat. YK 

Lagu ciptaan Amyr Abadawn ini sebenarnya sangat mudah namun ia ada sesuatu tarikan tersendiri. Bersandarkan lirik nukilan penyanyinya juga Eriy Ryzale, korus yang diulang Eriy sebenarnya membuatkan lagu ini mudah diingati. Ia menghiburkan tanpa perlu terlalu mencuba dan dibikin lebih menarik dengan sulaman rap oleh pelantun hip hop Singapura YK. Dengan gabungan unsur pop serta sedikit suntikan hip hop ia sebenarnya lagu yang mesra radio dan ada harapan diminati penyanyi Malaysia jika diberi peluang untuk berputar di radio tempatan kita.

'Kembali Berdiri' - Sueib Suhaimi

Irama R&B terus mendominasi carta lagu-lagu Brunei dan karya ciptaan Nazmo serta Hanif Iqbal dengan lirik oleh Hanif Iqbal ini sendiri membuktikan keunggulan tersebut. Berkat melodi dan rentak yang lebih moden beserta suara merdu penyanyinya Sueib Suhaimi, Kembali Berdiri mengingatkan saya kepada lagu-lagu antarabangsa pada era kemuncak R&B di awal era 2000. Sungguhpun begitu susunan muziknya yang lebih rapi menjadikannya satu karya kontemporari yang sesuai buat halwa telinga pencinta muzik serantau hari ini. - Getaran, 22 September 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Ceriakan Kehidupan Di Rumah Sepanjang Musim Ramadan Dan Raya Ini Bersama IKEA Malaysia

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

3

Indie 3 tahun yang lalu

Eksperimentasi Muzik Benzooloo Dalam 'Timbang Seni'

4

Muzik 3 tahun yang lalu

“Semua Pernah Bercinta...” Syahmi Irfan Pertaruh Lagu Ciptaan Sendiri, ‘Lagi-Lagi Sayang’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN