web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Snoop Dog Puji Usaha Joe Flizzow Perkasakan Muzik Hip Hop 

Rancangan '16 Baris' yang diterbitkan Joe Flizzow telah mendapat perhatian tokoh hip hop barat, Snoop Dog dan beliau mengakui tidak sabar untuk bertemu Joe serta rakan-rakan di Malaysia serta menghadiahkan rantai.

Muzik · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 8:30AM

Gambar: @Snoopdogg dan @flizzow

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usaha rapper tersohor Malaysia, Joe Flizzow menerbitkan rancangan '16 Baris' yang mula diperkenal pada 2018 telah mendapat perhatian tokoh hip hop barat iaitu Snoop Dog. 

Snoop Dogg atau nama sebenarnya, Calvin Cordozar Broadus Jr, telah memuji usaha Joe Flizzow dalam memperkasakan muzik hip hop tanah air dengan penerbitan rancangan tersebut. 

Gambar: @snoopdogg
Gambar: @snoopdogg

Melalui Instastory  di platform Instagram miliknya, Snoop Dog telah memuatnaik salah satu pautan episod lama rancangan tersebut.

Snoop juga menulis: @16.baris ialah satu rancangan hebat yang memaparkan rappers bebas (tanpa ikatan kontrak dengan syarikat rakaman).

'16 Baris' direalisasikan sebagai satu pentas demi mencari bintang hip hop baharu Asia Tenggara. Ia menampilkan bakat baharu dunia hip hop dari rantau Asia Tenggara khususnya dari Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Dirakamkan di kedai gunting rambut milik Joe Flizzow di Subang Jaya, setiap bakat baharu rapper ini akan melalui cabaran untuk menunjukkan kehebatan mereka dengan melakukan rap sebanyak 16 baris. 

Rancangan ini menjadi popular sehingga ia turut diterbitkan di beberapa negara seperti Australia, New Zealand dan Thailand. 

Instastory yang dimuat naik Snoop Dog itu turut dikongsi Joe sendiri dengan penuh kegembiraan apabila dia telah mengadakan panggilan maya lewat platform Zoom bersama rapper Amerika Syarikat yang terkenal dengan lagu 'Drop It Like It’s Hot' dan 'Young, Wild & Free' itu. 

Semasa mengadakan sesi temu bual itu, Snoop turut mengatakan beliau tidak sabar untuk bertemu Joe serta rakan-rakan di Malaysia dan menghadiahkan rantai.

Sejak menyertai keluarga Def Jam Recordings melalui penubuhan Def Jam Southeast Asia (SEA), usaha Joe dalam menerajui label hip hop tersohor dunia itu semakin menyerlah dan pertemuan bersama Snoop Dogg ini menunjukkan kemajuan yang semakin gah.

Gambar: @flizzow
Gambar: @flizzow

Jelas terbukti bahawa pihak Def Jam SEA di Asia Tenggara akan bekerjasama dengan lebih dekat bersama pasukan Def Jam di Amerika Syarikat.

Sehingga kini Def Jam SEA membariskan ramai nama besar seperti Joe Flizzow dari Malaysia, Daboyway (Thailand), Yung Raja, Fariz Jabba dan ALYPH (Singapura) serta A. Nayaka (Indonesia). - Getaran, 21 September 2021

Gambar: Instagram Joe Flizzow dan Snoop Dog

Berita Berkaitan

1

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN